Thursday, September 3, 2009

ayat-ayat cinta buat kaum Hawa



  “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak –anak bagi saudara perempuan mereka  yang perempuan atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji mereka dari kalangan lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang masih belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Ayat di atas adalah dipetik daripada surah An-Nur ayat 31...insyaAllah semoga saya sebagai kaum hawa dan sahabat sekalian yang membaca artikel ini dapat muhasabahkan diri kita dengan ayat ini..kadang –kadang kita sebagai perempuan memang sangat sebatilah agaknya dalam diri nak cantik, suka akan pujian ..suka orang pandang kita, sampai kadang-kadang cara kita berhias diri kita dah tak ikut landasan islam..walaupun kita mungkin tahu apa yang kita buat tu salah..sebab rasanya dari sekolah rendah lagi setiap orang islam tu didedahkan dengan ilmu tentang aurat.. tapi kita tetap abaikan perintah Allah yang satu nieh.
Marilah kita mula renungkan ayat pertama dalam surah An-Nur
An-Nur : 1
“  ini adalah satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan menjalankan hukum-hukum di dalamnya, dan kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.”
Inilah kata-kata Allah tentang ayat –ayat dalam surah ini, kita tekankan pada perkataan  wajib di situ bermaksud ini perintah –perintah dalam  surah ini bukanlah satu perintah biasa yang boleh kita abaikan.
insyaAllah marilah kita sama-sama mengambil berat tentang firman Allah nieh, janganlah kita mengambil mudah akan segala larangan yang Allah dah tetapkan bagi kita. Saya pernah membaca  bahawasanya


“dosa meremehkan dosa itu lebih besar daripada dosa yang dilakukan itu sendiri”

“jangan kamu menilai akan kecil atau besar dosa yang kamu lakukan, tetapi lihatlah kepada siapa kamu menderhaka”
 Marilah wahai kaum hawa, ingatlah dahulunya kita ini ditindas, ada anak perempuan yang dibunuh hidup –hidup, tetapi Allah telah mendatangkan rahmat dengan islam yang menyuruh supaya wanita itu dimuliakan sebagai contohnya islam menganjurkan bahawa syurga tu di bawah tapak kaki ibu, islam juga mengajar para suami untuk bertindak adil kepada isteri-isteri mereka. Ayah yang berbuat baik kepada anak-anak perempuan mereka juga akan diberi ganjaran yang tinggi disisi Allah..betapa Allah telah menetapkan sebegitu rupa supaya golongan hawa itu dipelihara dengan baik..
Maka tidakkah kita melihat bahawa Allah menyayangi kita.. perintah menutup aurat bukan satu peraturan kosong untuk mengongkong kita… bersyukurlah kepada Allah dan Taatlah kepada perintahnya agar kia berjaya.
Marilah kita bertaubat dari dosa silam dan berubah kepada yang lebih baik, sesunguhnya Allah sentiasa mengampuni dosa hamba-hambanya dan membukakan pintu rahmatnya kepada kita.

 An-nisa’
110. dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan daripada Allah, niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Berkongsi tentang aurat…yang dikatakan aurat itu adalah
  1.  selain daripada muka dan tangan
  2. berpakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh
  3. berpakaian jarang
 Pesan nabi
“sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah” 


Wanita solehah adalah wanita yang menurut perintah Allah dan Rasul..
  •    marilah kita mengutamakan pandangan Allah daripada padangan manusia,
  •     cantik pada manusia itu tak semestinya cantik pada pandangan Allah.
  •     Allah Maha Melihat apa yang kita kerjakan
  •     Sanggupkah kita membiarkan Allah melihat kita dalam keadaan kita melanggar perintahnya? Tegarkah kita? Semoga Allah mengampuni kita dan memperbaiki agama kita, Amin

No comments: