Kadang-kadang kita lupa bertanya
Dah jadi kebiasaan bagi pelajar untuk sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar...belajar la, tusyen..
kalau jadi mahasiswa/i cm tu jugak, sibuk dengan assigment yang pasang-surut...
nie pengalaman diri la kan...pertanyaan yang selalu dilontarkan dan diberikan ialah
-dah siap ker assigment....
-dah bca buku dah tuk test nanti
-hmm sihat ker tak?
-dah makan?
dan selalu aku la..tak tahu la orang lain, sebab tak leh nak tahu hati orang ..
duk ingatkan kan diri, siapkan kerjer, jangan malas baca buku..jangan lupa dalam seminggu kena talifon rumah tanya kabar...dah macam -macam ar sampai aku sendiri lupa nak tanya sesuatu kat hati aku
lupa nak tanya hati...
" kau sihat tak"
"kalau dibanding semalam dengan arinie, mana yang lebih baik?"
" amal yang buat ikhlas ke belum?"
"ngat tak satu hari nanti kita akan mati?, dah bertaubat belum?"
dari pengalaman diri, aku sedar la , betapa banyak kehidupan kita nieh kita lalui tanpa mengingat Allah, ye la nak ingat dalam solat pon, tuh kalau khusyuk... (KALAU)
kadang-kadang duk mencari sebab musabab, mungkin sebab kita tak dapat nak applykan apa yang kita buat semua tu dengan Allah, maksud aku kita tak belajar kerana Allah, tak makan kerana Allah...kita tak sampai lagi tahap tu..tahap buat semua benda sebagai ibadah, sebab ibadah nieh bak kta sorang ustaz tu
“apa saja yang kamu lakukan yang baik untuk diri kamu dan orang lain dan tak dilarang oleh agama serta kamu lakukan kerana Allah adalah ibadah”
Kalau kita sampai tahap tu, tentu dengan kesibukkan dunia..hati kita tak jauh dari Allah..semalam memang tanparan hebat dan tepat ar dengar ustaz tuh cakap
“kita nieh bila ditimpa musibah baru nak kembali kepada Allah”
Aku la tuh, betul sangat –sangat, kadang aku malu dengan Allah, bila fikir-fikir balik yang bersungguh sembahyang awal waktu ker aper ker bila ada masalah la..tapi insyaAllah Allah sentiasa menerima hamba-hambanya yang kembali kepada-Nya…tpi kalau cm tuh aku faham sangat la hati aku nieh belum betul-betul ikhlas dengan Allah, sebab aku tak ingat Allah waktu susah dan senang. Huu tu syukur jugak la tuh, Allah nak bukakkan pintu hati untuk kembali kepada-Nya dalam musibah..
Sebab bila masalah merudung ke sanubari..aku selalu ngat kata –kata ustaz masa aku kat matrik dulu dekat nak last 2 ar..time tuh dekat nk final exam sem 2 dah
“kamu nanti akan masuk universiti, ustaz nak nanti kat sana, semua meneruskan apa yang dia selalu buat kat sini, suka dengar ceramah..bila ada apa-apa nanti dekatkan hati kamu dengan Allah, dengan masjid”
Cm tu la sket 2 kot ustaz tu cakap, sayu nya bila ingat..walaupun time tuh aku tak dak la rasa apa sangat, just bila aku dah lama kt u nieh baru aku faham kenapa ustaz selalu pesan, dekatkan diri dengan masjid , rajin –rajin dengar ceramah agama..sebab kat sini banyak dugaan dan cabaran yang lebih bertumpu kepada agama kot..tah nk cakap secara detail pon cm susah ar
Then ngat la apa yang ayah aku cakap time aku balik sem lepas, time tuh dirudung masalah la jugak kot..ayah aku cakap
“ hmm kita nie nak mengadu pada manusia, boleh mengadu je la, yang akan selesaikan masalah kita. Hanya Allah”
Lama aku berfikir, betul la aku tahu dah tuu..tapi tak apply hehe..then aku fikir la, setiap apa yang jadi kepada kita sebenarnya atas ketentuan takdir..kalau Allah tak izinkan orang tuh sakiti hati kita…ujian nie datang pada kita semua tuh tak kan hadir…mungkin disebalik tu Allah nak uji kita setakat mana kesabaran kita..ataupun nak kita kembali pada dia..dalam satu buku aku baca
“kalau kita tak mampu nak ngat Allah waktu senang, Allah akan bagi kita ngat Dia waktu kita susah.”
Bukan sebab Dia cemburu ker per dengan kesenangan kita..kesenangan tu pun dia bagi..tapi Dia nak kita kembali kepada Dia dengan jiwa yang bersih, Dia nak kita kembali kepada Dia dengan amal yang ikhlas..kenaper aku cakap cm tuh..sebab iman tuh bagi aku la bermula dengan ingat kepada Allah, bila kita ingat Allah, ia akan mendorong segala perbuatan kita kearah Allah redha. Bila kita ingat pada Allah, kita akan takut buat sesuatu yang Allah larang, kita akan ingat nanti suatu hari kita akan bertemu dengan Allah..dan semua tuh boleh mendorong kita beramal sebanyak banyaknya…
2 comments:
uish..teharu bacer weh,,,
sob sob...
alhamdulillah...setiap ujian yg Allah bg tu, insya Allah lambat laun akan terungkai jua...
Post a Comment