Semua orang ada cara usaha sendiri untuk berjaya, to gain something, we have to sacrifice something, yang nieh memang lumrah la, ada yang korbankan masa tidur la, ada yang korbankan masa makan..sanggup makan roti dan megi jer semata –mata nak belajar..rasa bazir masa sangat nak turun beli makanan sebab tak habis belajar lagi..hehe kelakar pulak bila dengar…yup diri sendiri telah korbankan masa untuk facebook, blog dan juga ym. Tidur dan makan insyaAllah tetap cukup, tu memang sangat penting..
Usaha , doa dan tawakal. Tu la resepi kejayaan yang dengar sejak dari bangku persekolahan lagi..nak berkongsi sebenarnya satu surah yang selama study week nieh memberikan semangat untuk diri berjuang sedaya dan semampu mungkin untuk belajar…belajar kerana Allah..
Surah ini adalah surah al anfal (rampasan perang). Dalam pada duk sibuk membaca buku –buku ekologi, genetik dan juga fisiologi aritu, sempat baca sedikit bahagian dari buku pesona Al-Quran yang dituliskan oleh amru Khalid
Dalam bab surah al-anfal-diceritakan bagaimanakah surah ini menonjolkan faktor alamiah dan faktor rabbani dalam kemenangan..
Umumnya kita berusaha untuk berjaya kan, belajar macam nak mati sebab nak dapat A..nak dekan, nak senarai dekan..begitu juga fenomena dalam surah nieh..orang-orang yang pergi berperang pada masa tuh bertanya kepada Rasulullah tentang harta rampasan tapi jawab Allah,
Janganlah terlalu memikirkan pembalasan, jika kita benar-benar melakukan sesuatu kerana Allah
Al-anfal :1
“mereka bertanya kepadamu tentang harta rampasan perang (pembalasan dunia), katakanlah, harta rampasan perang itu milik Allah dan Rasul-Nya dan perbaikilah perhubungan antara kamu. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman.”.
Dan surah ini menjelaskan untuk berjaya, kita mesti menyiapkan diri kita untuk berjaya, bukan semata-mata bertawakal.
Al-anfal:60
“siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu mampu”
Bersabar dalam perjuangan
“ Hai nabi, kobarkanlah semangat kaum mukmin untuk berperang(berjuang pada jalan Allah). Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir”
Disamping itu tetap patuh pada perintah Allah, jika kita katakan perjuangan itu kerana Allah, jangan perjuangan itu melalaikan kita kepada Allah, contoh yang paling baik ialah, tak solat semata-mata nak belajar
“taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang membuatmu gentar dan hilang kekuatan. Bersabarlah, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”
Jangan riak dengan kelebihan kekuatan yang ada pada kita
“janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa riak dan angkuh”
Orang-orang yang benar-benar beriman itu segala yang dilakukannya adalah kerana Allah, tidak gentar melainkan kepada Allah, kekuatannya dengan yakin pada syariah yang dipegangnya, kekukuhannya dari kesabarannya dalam menyakini janji-janji Allah dan mereka sentiasa berusaha mempertingkatkan diri mereka serta sabar dalam perjuangan yang dibawa.
“orang –orang yang beriman, hijrah dan jihat di jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan, mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman.”
“hai orang-orang yang beriman jika kamu memerangi pasukan musuh(dalam kontek segala kekusahan dalam berjuang pada jalan Allah, termasuklah melawan sifat malas), maka berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”
No comments:
Post a Comment