Sekarang masih lagi “study week” dan exam tinggal 3 hari jer lagi..hari ni 20 april, exam 23 april. Penat juga nak habiskan baca buku subjek genetic, ekologi dan fisiologi tumbuhan dan hakikatnya sampai sekarang masih lagi tak habis-habis. Paper nieh sudahla cukup padat bersusun
23 april -TSR
24 april -ekologi
26 april -genetic, fisiologi
29 april-bentang proposal
3 mei-kimia
4 mei-kpt
Dan setakat ni, kimia dan kpt memang tak sentuh lagi, dengan proposal terbengkalai. Yang penting nak kene habiskan tsr, ekologi, genetik fisiologi dulu…
Sem ini berbeza dengan sem- sem le[as sebab sem ni aku study dekat library…yup nie semata-mata nasihat aida supaya kita dapat tumpukan perhatian, kalau duk umah ngantuk jer tidur.
Tadi lepas subuh terfikir sesuatu, tentang kesibukan yang aku alami sekarang,adakah membawa aku dekat dengan Allah atau sebaliknya, subhanallah, aku ingin berjaya dunia dan tak ingin kejayaan dunia itu menyebabkan gagal di akhirat. Tak ingin hati luput dari mengingat Allah
Lepas tu masa duduk-duduk tadi sebelum baca matsurat, dengan mata “partially close” macam stomata di bawah cahaya matahari yang kuat (aplikasi konsep fisiologi). Tiba-tiba terfikir yang mungkin aku tak mampu nak kejar kuantiti ibadah dalam waktu nieh, tapi aku boleh memanfaatkan kualiti. Dan itu yang aku perlu cuba dalam masa sekarang…
Yup walaupun mungkin tak terbuat solat sunat sebelum selepas solat fardu, tak sempat nak habiskan baca quran beberapa helai..benda nieh jangan ditinggalkan, cukuplah walau sedikit, tapi improve the quality..
Yup, bila tahu kurang nak boleh buat yang sunat, benda yang wajib tu kena la buat betul-betul. Solat tepat waktu, wuduk jaga biar sempurna, cuba khusyuk, jga thomaninah dalam solat..bila baca quran walaupun satu muka jer..baca sekali tafsir, hayati makna..
Subhanallah, jadi hari ini, tiba masa aku kena praktikkan suma benda nieh…semoga kesibukan kita menjadi bukti cinta kita kepada Allah, kerana orang yang benar-benar mencintai Tuhannya dan sedar bahawa dia akan kembali kepada Tuhannya tidak akan alpha untuk beramal dalam apa juga keadaan.walaupun sebuk, hati tetap berpaut pada Allah.
Firman Allah,
“barang siapa mengkehendaki pahala di dunia, maka ketahuilah bahawa disisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat”
An-nisa:134
1 comment:
waktu bukan exam juga harus menjaga kualiti itu...hehe
Post a Comment