Friday, April 9, 2010

symposium biologi-pra siswazah...

Alhamdulillah program nieh dah berlalu dan dah tamat pada hari isnin yang lalu..tak menang pun tapi alhamdulillah belajar sesuatu..insyaAllah sem depan nak buat yang terbaik dalam mini projek . 

aper-aperpun kenangan mengangkut air longkang dari longkang bitara sebayak dua kali, air longkang belakang library, dicampur dengan pengalaman menapis air longkang, amik bacaan BOD memang tak dapat dilupakan...dengan dah buat tertiba jer salah kira, dah buat lagik sekali salah teknik tapis pulak..dan lepas tuh dah tak larat nak ulang alik dari longkang bitara, kitorang sepakat ubah lokasi dekat dengan library...

tajuk mini projek symposium poster kami ialah " aquatic plant use in water treahment". dan daripada kajian kami mendapati yang tumbuhan akuatic mampu untuk merawat air..ini berdasarkan bacaan TSS dan BOD yang diambil pada hari ke 1,5 dan 10. sebenarnya tumbuhan akuatic memang boleh digunakan untuk merawat air, tetapi di Malaysia nieh tak banyak di "implementasikan". sebenarnya di putrajaya sendiri ada ditanam lebih kurang 11 million tumbuhan akuatik yang digunakan untuk merawat air...dan dalam projek BIOECODS USM juga ada menyenaraikan 6 spesis yang digunakan untuk merawat air.

dan terasa seronok dapat tahu tajuk mini projek jiran poster kami, plant in Al-Quran...penerangan dari asyraf:

"kami memilih surah mariam, kita tengok dalam surah mariam, ada disebut tentang buah kurma, jadi kenapa buah kurma, kisah dalam surah mariam menerangkan tentang mariam yang mengandung tanpa suami..dan dia mengasingkan diri dia di tempat yang jauh untuk melahirkan anaknya Isa.

firman Allah,
 
Maka dia (maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya tiu ke tempat yang jauh

kemudian mariam merasa sakit hendak bersalin dan dia bersandar kepada satu pohon,

firman Allah,
"kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya bersandar pada pangkal pohon kurma, dia maryam berkata, "wahai, betapa baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi orang yang tidak diperhatikan dan dilupakan"

"maka jibril berseru kepadanya dari tempat yang rendah, "janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu"

"dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu"

"maka makanlah, minumlah dan bersenang hatilah engkau"

jadi daripada firman Allah diatas, ada yang patut kita persoalkan, yang pertama..

mengapa kurma?
mengapa selepas itu dikatakan kepada mariam bersenang hatilah?


sebenarnya di dalam buah kurma terkandung vitamin B-6 yang boleh mengurangkan tekanan..oleh itu Allah memberikan kepada mariam buah kurma...
dan terdapat banyak lagi kelebihan buah kurma kepada ibu mengandung....

subhanallah, tetiba teringat akan firman Allah

"tidak Aku jadikan sesuatu itu sia-sia"

"”Kami akan memperlihatkan kepada mereka ... ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur'an itu benar."

yup..ada banyak lagik tajuk -tajuk mini projek yang menarik pada haritu...tahniah kepada semua kawan-kawan kerana mengusahakan sesuatu yang baik untuk dikongsi..semoga apa yang kita lakukan dapat mendekatkan diri kita dengan kebenaran yang mengatakan bahawa betapa Mahakuasanya Allah dalam penciptaan-Nya..dan ini menunjjukkan bahawa sains itu selari dengan islam...ilmu yang berguna adalah ilmu yang mendekatkan kita dengan Allah.aminn

gambar-gambar kenangan



time nieh duk mereka rubric...
 berdebar-debarnyer....

menghilangkan boring dengan berposing dengan pokok
afifah, fatin dan dina wat tajuk plant in Al-Quran

dan akhir kata, semoga berjumpa lagi symposium biologi pra-siswazah..semoga sem depan dapat buat yang lebih baik,

No comments: