Setelah lepas saat-saat bergelumang dengan assignment, kerja-kerja persatuan, mini projek, lab, field trip dan lain- lain, sekarang dah beberapa hari masuk minggu study week…sangat takut sebab banyak lagi tak baca..sampai dah tak tentu arah nak study di rumah atau nak study di library..nak study yang mana dulu…
Bila fikir-fikir balik, tak tentu arah nieh sebab nak kejar pointer sem lepas ker? Huhu niat dah tak betul..ingat lagi sem lepas, sibuk jugak sebelum minggu study week…rasanya siap masuk bulan puasa lagi..tapi kenapa boleh berjaya…sebab masa tu niat tu betul..belajar kerana Allah..masyaAllah masa dapat result..rasa sangat tak percaya dan teringat-ringat dalam fikiran..jika kita membantu agama Allah, Allah akan bantu kita dalam urusan kita..alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan segalanya..dan sem nih harap dapat megubah hati untuk membetulkan niat kembali..segala apa yang aku buat kerana Allah..bukan kerana nak jadi bagus di kalangan manusia
Tak boleh putus asa sekarang sama seperti tak boleh putus asa uruskan persatuan, sama seperti nak uruskan hal-hal lain dalam hidup. Kerana seorang muslim sememangnya perlu cekal
Firman Allah,
“Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang yang sesat”
Allah sentiasa bersama orang yang melakukan sesuatu kerana-Nya dan sentiasa mendengar doa
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku itu dekat, Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa apabila ia berdoa”
Sebenarnya adalah jadi tanggungjawab kita juga bukan untuk diri kita sahaja, namun agama kita bahawa kita adalah seorang yang cemerlang dalam pelabagai bidang..dari segi jadi mahasiswa ni, kene la seimbang dari segi akademik, dari segi pengurusan, agama, pengetahuan am dan lain-lain..kita kena tunjukkan bahwa islam itu agama yang cemerlang.oleh itu orang-orang yang memperjuangkan agama mestilah berusaha menjadi cemerlang..satunya lagi sebab kita tak nak apa yang kita lakukan..sebagai contoh dakwah atau apa lagi menjadi fitnah kepada kita.bagaimana?...sebab dengan kerja-kerja –kerja dakwah kita telah melalaikan kita dari tujuan sebenar kita..ada juga lihat ada yang sanggup ponteng kelas, tak buat assigment...tambah lagi assigment by group, dan juga tak kisah dapat markah rendah..jadi pandangan masyarakat kita...tak da apa yang lebihnya dengan islam dan orang yang memperjuangkan islam itu sendiri..
So, apa-apa pun memang setiap orang tuh dah ditakdirkan untuk duduk di kedudukan tertentu..tak per la..janji kita dah berusaha..keputusannya kita tawakal...insyaAllah semoga setiap apa yang kita buat..walaupun orang tak nampak..Allah dah siap menilai...
Jadi..buat masa ini perjuangan yang utama adalah baca buku untuk exam..semoga berjaya buat diri dan kawan-kawan..aminn
Ya Allah jadikanlah kami orang yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan dalam agama,
Jadikanlah kami orang yang sentiasa melihat setiap yang kami lakukan adalah satu asbab bagi mendekatkan diri kami kepada-Mu
No comments:
Post a Comment