kerana mereka aku berusaha untuk memperbaiki hubunganku dengan Tuhanku, Tuhan langit dan bumi, yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya baik hamba yang yang taat ataupun yang ingkar. mereka adalah ibubapaku yang aku cinta. Dalam hidupku aku hanya mengenal cinta Tuhanku, cinta Nabi, agama, cinta mereka dan cinta para sahabat...
mereka hanyalah orang kampung biasa, tapi mereka mampu mendidik aku..aku kagum,dan aku juga tak pasti samada aku akan bisa mengajar anak-anakku sebaik mereka atau tidak, akan sanggup berkorban untuk anak -anak atau tidak..aku tahu sebenarnya kebahagiaan mereka adalah dengan melihat aku bahagia, aku gembira, aku dapat apa saja yang aku inginkan tanpa kurang seperti orang lain...
sejak aku sedar, bahawa anak- anak yang soleh/ solehah itu adalah kunci syurga bagi ibubapanya..aku berusaha untuk memperbaiki agamaku, kerana aku ingin mereka gembira di negeri sana..kerana aku kira itu sajalah yang bisa menggantikan jasa mereka kepadaku..
tapi aku sedar, betapa fakirnya aku, aku sendiri mungkin belum bisa menyelamatkan diri aku dari neraka dan masuk ke negeri kebahagiaan syurga..maafkan aku Tuhan kerana kefakiran dan kelalaian hambaMU yang hina, maafkan aku mak dan abah, terhadap anakmu yang lemah ini..
tapi jiwa yang fakir ini sedar, bahwa tidak ada tempat pergantungan yang lebih bisa diharapkan melainkan kepada Tuhan yang Maha memiliki kasih sayang, semoga Allah merahmati aku, keluargaku dan sahabat-sahabatku yang aku cinta kerana-Nya. semoga aku akan dibangkitkan di sana sebagai orang yang bisa membalas cinta dan sebagai orang yang tidak mengecewakan cinta..semoga di hari akhirat Allah akan membangkitkan aku sebagai hamba yang tidak mengecewakan dan melalaikan cinta-Nya, dan menjadi anak yang bisa membalas cinta ibubapaku...wahai TuhanKu yang Maha Mendengar doa yang dipanjatkan walaupun hanya dalam hati, yang sentiasa dekat..aku bersangka baik kepadamu, perbaikilah kami hamba-hambamu yang fakir..kurniakanlah kepada kami iman..panjangkanlah umur kami dalam taqwa dan kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik, agar kami bisa beribadah kepada-Mu ya Allah.
Anak Soleh
Uuuu... Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela Apabila Sudah Dewasa
Jangan Biarkan Mereka Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana Kerna Perbuatan Anak Derhaka
Bahgiakan Mereka Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta
Hai... Ibu Bapa Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa Agar Sejahtera Terpelihara
Di Dunia Bahagia Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua Moga Allah Kabulkan Doa
No comments:
Post a Comment