Thursday, October 1, 2009

Manusia yang lemah dan perlupa

Setelah sekian lama tak tulis paper kat blog, bukan just sebab cuti rayer internet tak der kat umah, bukan jugak sebab tak der maser sangat..selalu pun tak la lapang sangat..tpi sebab selalunya rasa nak menulis sebab ader idea, pandangan dan nasihat yang nak dikongsikan bersama..tapi setakat ari nieh rasa cm mencari kembali diri sendiri..rasa tak layak nak berkongsi nasihat setakat arinie sebab kondisi iman sendiri macam tunggang terbalik. Rasa tersentak bila terbacer artikel-artikel dan risalah yang ditampal kt dinding. Banyak yang cakap pasal sepatutnya bulan syawal nieh kondisi iman kita mesti tinggi…nak tahu ramadahan berjaya ker tak tengok la amalan bulan syawal macam maner..aku tak rasa terdaya nak habiskan baca artikel tu..rasa tak nak baca…biasalah manusia tak nak terima hakikat diri dia lemah.. agaknya ramadahan kali nieh aku beramal sebab bulan ramadahan jer..macam sebelum nieh aku baru dapat khatam habeh satu quran dalam ramadhan masa tahun 2008.so tahun nieh aku sangat excited tuk habeskan jugak..then lepas raya aku terus malas sebab dah kononnya dah baca banyak pada bulan ramadahan..nak baca sehelai lepas solat pun liat.. aku tersentak lagik dengan artikel yang Tanya adakah Allah tidur pada bulan lain yang menyebabkan kita tak tumpukan ibadah kita pada bulan selain ramadhan..mungkin tu cara Allah tegur aku..walaupun aku cuba lari dari kenyataan sebelum nieh dengan tak nak baca risalah kat dinding tu..skang jumpa artikel yang hampir sama dengan web pulak..hu sedeynya..
Dan fikir-fikir balik dah la..kalau la memang betul amal aku berkurang aku patut perbaiki.sedangkan Allah masih menunjukkan lagi pintu untuk memperbaiki diri sendiri kenapa aku tak cuba berubah? Manusia tak pernah sempurna hidayah. Kena la cakap kt diri sendiri macam tuh. Dan sememangnya aku tahu aku sangatlah tak sempurna..aku  tersentak betul ker ramadhan aku kali nie gagal.? Apa –apa pun tu dibawah rahsia Allah.manusia tak pernah tahu dia akan masuk syurga atau tak tapi dia wajib berusaha kearah itu. Manusia tak kan pernah masuk syurga dengan amal sendiri tapi hanya dengan nikmat dan rahmat Allah semata..then kalau macam tue peluang tuk aku masih lagik terbuka..kalau betul iman aku dah jatuh tahap teruk sekarang.walau pun jika nak dibayangkan kalu tangga tuh aku kt ground floor, tak per ah..naik balik anak tngga tu satu demi satu…INGATLAH ALLAH TAK PERNAH MENIGGALKAN KITA SELAGI MANA KITA SENDIRI MENINGATNYA DAN INGIN MEMPERBAIKI HUBUNGANNYA DENGANNYA..





Firman Allah, dalam surah Al-An’am

54. dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami datang kepadamu, maka katakanlah, “salamunalaikum (salam sejahtera kepada kamu),” Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri-Nya, yaitu barangsiapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat dan memperbaiki diri, maka Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

No comments: