Akhirnya hari ni dua benda telah selesai, bersyukur kepada Allah yang telah mempermudahkan segala-galanya. Dua benda tuh adalah perbentangan proposal yang telah diterima dan urusan pengangkutan untuk program mari mengajar..subhanallah, Allah telah mempermudahkan semuanya dan memperkenankan doa, usaha dan tawakal kita.
Bagi program mari mengajar, memang tak terkira rasa terharu yang sangat, apabila mendapat kelulusan dari pengangkutan. Terdapat kekeliruan dari segi kertas kerja sebenarnya. Kami maklum bahawa program lanjutan ini tidak memerlukan kertas kerja, namun hakikatnya ia memerlukan kertas kerja. Jadi memanglah Nampak macam tak de harapan nak dapat pengangkutan, tapi akhirnya dicadangkan untuk buat surat kepada penolong pendaftan HEP dan mereka pun tak dapat nak bantu sebab bukan bidang tugas mereka. Tapi Alhamdulillah akhirnya dato’ Rusley dah luluskan pengangkutan. Walaupun lepas tuh tetap ada masalah dengan pejabat pengangkutan, semua tuh dapat diselesaikan dengan mendapatkan surat dan tanda tangan dekan, dan harini semua tuh dah selesai, Cuma ajk pengangkutan kene pegi balik esok tuk jumpa dengan pak cik bas.
Pertama-tamanya tidak terhingga rasa syukur kepada Allah, memang hati nieh sangat berdebar hari ini untuk dapat keputusan status proposal dan juga urusan pengangkutan. Dapat ker saya hadapi kenyataan kalau kedua-duanya atau salah satunya gagal, dan akhirnya sementara tunggu bentang proposal, buka tafsir
Surah hud, 9-11
“Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian rahmat itu Kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih”
“Dan jika Kami berikan kebahagiaan kepadanya setelah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata, “telah hilang bencana itu dariku.”. sesungguhnya dia merasa gembira dan bangga,
“kecuali orang – orang yang sabar, dan mengerjakan kebaikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang mulia.”
Hati rasa sedih, aku takut dengan jawapan nya nanti, masa tuh harap Allah kuatkan hati, kalaupun tak berjaya, aku tetap akan cinta dan percaya akan qada’ dan qadar Allah sepertimana menda tuh berjaya. Aku tak kan persoalkan kenapa masih gagal sedangkan dah cuba sedaya upaya, sebab tu la yang patut dilakukan oleh hamba Allah yang ikhlas..
Hari ini Allah dah mudahkan segalanya, sesungguhnya tanpa-Nya , memang kita tak kan berjaya walaupun dengan usaha kental.
Surah al-Anfal
“kemenangan itu hanya di sisi Allah”
Ini adalah satu iktibar yang kita dapat ambil, yer kita berjaya semua ini setelah lalui satu masa, rasa tak berharapan, adakah patut diteruskan atau tidak, situasi nih sentiasa berlaku dalam kehidupan dan orang-orang yang berjuang pada jalan Allah, yang sesetengah nya mengambil keputusan untuk tidak berjuang kerana menempuhi berbagai ujian..merasa lelah menanggung beban, tidak bolehkah jadi seperti orang biasa, mereka sentiasa gembira melakukan apa sahaja yang mereka mahukan, tanpa perlu memikirkan urusan dakwah, fitnah kepada agama dan berbagainya lagi. Aku sering bertanya diriku sebegitu ,lalu hatiku berkata
“sesungguhnya Allah tak pernah paksa kita untuk pilih jalan mana yang kita nak tempuh, dengan kasih sayangnya dia sentiasa memelihara semua hambanya, walaupun hambanya itu sentiasa melupakannya, tidak ingin membela agamanya, merasa beban dengan jalan dakwah yang dipilihnya, adakah rasa beban, kenapa perlu rasa begitu, manusia tetap dengan kelemahannya, Allah tak nilai kerja dengan kejayaan, tapi dengan usaha dan keikhlasan. berjaya atau tidak, pahala itu sudah dikira, hati akan rasa tenang jika kita tahu beriman dengan takdir.:”
Surah yunus:
“katakanlah, “siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan,dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengaturkan segala urusan.’, maka mereka menjawab Allah,katakanlah, mengapakah kamu tidak bertakwa kepada-Nya”
*terima kasih kepada hazwan, mustaqim, farahana,rafaie, fauzi, maslina, hakimah dan semua ajk –ajk lain..semoga Allah membalas usaha kalian. Amin..
3 comments:
insyaallah,allah akan menolong hamba-hambanya :)
yos,awk doakan saya yer,proposal saya blum setle,nak fokus exam dulu pastu baiki smula proposal.yos maaf yer xdapat nak join mari mngajar,sbb jadual saya memang penuh dah yos,sampe dah peneng niii
apa2 pun tahniah kat awak,saya terbayang awk duk sengeh2 ni yosz
alhamdulillah...time kasih kpd RE yg terlibt...dan tahniah jgk proposal dah diterima.hihi
thanks pos...huhu rindu ke awak..harap jer masuk u sama, susah sangat nak jumper nyer..kadang -kadang nampak awak dri jauh jer..hehe..semoga Allah beri kemudahan kepada awak jugak..
alisya:tahniah jugak, psoposal kiter dan program kiter dah diterima, tinggal proceed ker langkah seterusnya jer..huhu harap semuanya okie yer..tima kasih alisya, selama nieh banyak sangat membantuh..terharu rase..hehe
Post a Comment