Sunday, August 9, 2009
h1n1
Disebabkan kes H1N1 yang melanda UPSI, upsi dikuarantinkan dan cuti pertengahan semester telah diawalkan kepada 1- 8 haribulan ogos , disebalik kes H1N1 nie, marilah sama-sama bermuhasabah adakah ini adalah satu teguran Allah kepada kita kerana kita telah jauh dari-Nya. kita hayati firman Allah dalam surah sajadah : 21
“ Dan pasti kami timpakan kepada mereka sebahagian siksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar di akhirat; agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
insyaAllah, kita telah diselamatkan oleh Allah dari bencana nieh, tapi kita tak harus rasa aman. Sepatutnya kita mengambil iktibar… kematian itu sangat dekat dengan kita dan..bahawa Allah berkuasa penuh terhadap kita..
firman Allah dalam surah Al-An’am:47
katakanlah (Muhammad), “terangkanlah kepadaku jika siksaan Allah sampai kepadamu secara tiba-tiba atau terang-terangan, maka adakah yang dibinasakan (Allah) selain orang-orang yang zalim?”
Al-An’am : 49
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan ditimpakan azab kepada mereka kerana mereka selalu berbuat fasik (berbuat dosa)
Al-a’raf
97. Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan Kami yang datang malam hari ketika mereka tidur?
98. Atau apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan kami yang datang pada pagi hari ketika mereka sedang bermain?
99. Atau apakah mereka merasa aman dari siksa Allah ( yang tidak terduga) ? tidak ada yang merasa aman dari siksa Allah melainkan orang yang rugi.
Subhanallah, mahasuci bagi Allah , adakah kita dah jauh dengan Al-Quran dan agama kita sehingga Allah timpakan azab nieh kepada kita?. Insyallah semoga dengan mushibah nieh, kita dapat memperbaiki amal dan kedudukan kita disisi Allah, serta rasa syukur kerana kita terselamat daripada musibah ini. Sebagai peringatan , ada satu cerita yang Allah kisahkan di dalam Al-Quran tentang satu kaum yang apabila Allah timpakan kepada mereka siksaan /azab mereka tetap tak mahu beriman..
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang
Al-An’am
42. Dan sungguh Kami telah mengutus Rasul rasul kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad), kemudian kami siksa mereka dengan (menimpakan) kemelaratan dan kesesengsaraan, agar mereka memohon kepada Allah dengan kerendahan hati.
43. tetapi mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan kerendahan hati ketika siksaan kami datang kepada mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.
44. Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
Dan firman Allah dalam surah An-nahl :
112. Dan Allah membuat perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah menimpakan kepada mereka bencana kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka perbuat.
Semoga Allah memperbaiki amal- amal kita dengan memberi ilham dan kekuatan untuk kita sentiasa ikhlas dalam menjalankan segala perintahnya…
“Dan sungguh, telah kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah yang mahu mengambil pelajaran? ( Al-Qamar : 22)”
Doa ketika sesuatu penyakit merebak
Aku membentengkan diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kekuatan, aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan tak pernah mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesuguhnya Engkau Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment