Monday, August 17, 2009

katakanlah demi cinta





apa itu cinta? Benarkah kita akan lakukan apa saja demi yang kita cintai?
Kalau begitu katakanlah demi cintamu pada-Nya bahawa
  • Aku tidak akan melihat kepada yang kau haramkan kerna mata ini milikmu, ini amanah…wahai Cinta, sucikanlah pandangan ini, supaya nanti aku dapat gunakannya untuk melihat wajah-Mu.
  • Aku tidak akan menyentuh dan membiarkan diriku disentuh oleh yang diharamkan oleh-Mu…anggota ini kau beri untuk melakukan ketaatan
  • Wahai Cinta- adakah kegilaan mencinta sesuatu yang tidak dapat dilihat, bagaimanakah boleh bahagia?..Kau berada dalam hati hamba-hamba-Mu yang ingat. Jangan biarkan aku terabai..aku perlu Cinta-Mu
  • Wahai cinta, aku tak pernah layak untuk mendapatkan Cinta –Mu, aku sangat hina dan fakir, tapi aku sangat berharap kau akan memperhatikan aku…jangan biarkan aku kecewa
  • Wahai cinta? Apakah yang akan menerangi kuburku disaat semua manusia telah meninggalkan aku seorang
  • Wahai Cinta, berilah aku cahaya-Mu di hari kiamat nanti…muliakanlah aku di sana
  • Wahai cinta, panggillah aku untuk syurga-Mu tanpa hisab..tolonglah aku..amal ku sedikit..aku takut dihisab
  • Wahai cinta, benarkanlah aku untuk melihat-Mu nanti, walaupun dari jauh..kerana aku tahu aku tak mulia dan tak pantas untuk dekat dengan-Mu
  • Wahai cinta, kalau aku lupa dalam mengingat-Mu bantulah aku untuk ingat kembali.kau tak pernah perlukan aku, namun aku lah yang memerlukan-Mu, sangat memerlukan-Mu
  • Wahai cinta adakah pecinta lain yang sebegitu setia dan sabar menunggu cintanya dibalas?
  • Wahai cinta adakah pecinta lain yang sebegitu pemaaf seperti dirimu
  • Aku datang sebagai fakir kepada-Mu
  • Aku mengharapkan Cahaya cinta-Mu
  • Jadikanlah hari pertemuan kita sebagai hari paling bahagia bagiku
  • Bantulah aku untuk sentiasa mencintai-Mu, kerna aku seorang yang pelupa.kerna aku seorang yang lalai..
  • Izinkanlah aku wahai cinta untuk mencintai-Mu dan izinkanlah aku untuk mengajak manusia mencintai-Mu.

1 comment:

xy_yx said...

aku tersentuh..
serius..
uhuhuhhu...