Friday, October 2, 2009

Dia sedang berbicara denganmu, dengarlah dan taatilah








Dalam seminggu nieh dah banyak bencana –bencana yang kita dengar…tsunami di samoa, gempa kat jakarta..dalam negara sendiri ribut, banjir kat pahang, hujan batu kat terengganu…
Namun apa yang kita lakukan hanyalah mendengar dan tumpang sedih…

            Apa yang kita lihat adalah hanya bencana, hanya gempa bumi, hanya banjir. Kita sibuk bertanya berapa jumlah orang yang mati?, kita sibuk menghitung berapa kerugian yang ditanggung. Dan baik sket simpati dengan nasib penduduk…namun lihatlah di sekeliling kita atau lebih dekat lihatlah diri kita sendiri…dimana rasa takut dan percaya kita pada Allah. Dimana? Sebenarnya mungkin semua ini adalah satu amaran dan petanda Allah kepada pelaku –pelaku  dosa dan maksiat sama ada secara terang-terangan ataupun secara sembunyi-sembunyi bahawasanya ALLAH MAMPU MENGHUKUM KAMU ATAS DOSA YANG KAMU LAKUKAN…

            Kepada remaja-remaja yang sewenang –wenangnya melakukan maksiat dengan berpegangan tangan, berzina. Kepada para peniaga dan usahawan yang tidak amanah dalam tugasnya..pada manusia yang menghabiskan masa di klab-klab malam.. berfoya-foya antara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan yang sah..kepada ibu bapa yang mengabaikan anak-anak, kepada anak-anak yang menderhakai ibu bapa..kepada para perompak dan pencuri yang tidak berkemanusiaan, kepada pemerintah yang tidak adil..kepada semua kita yang sentiasa alpha bahawa dalam setiap dosa ada balasannya…


            Ya setiap dosa ada balasannya…kepada kita yang mengabaikan Allah dalam kehidupan kita sedangkan Allah tidak pernah mengabaikan kita walaupun sesaat…Tuhanmu sedang menegurmu sekarang.adakah dengan kesenangan yang dapat kita kecapi sekarang, tertutupnya dosa-dosa kita di dunia ini disebabkan yang Maha Melihat itu terlepas pandang untuk melihat dosa itu, yang Maha perkasa itu tidak mampu  menghukum kita.??????
            Tidak sekali-kali inilah kata-kata Allah tentang kealphaan kita….Allah Maha Pengasih..dia masih mahu membawa kita ke jalan yang benar walaupun kita alpha..jadi Allah berikan bencana-bencana kepada kita supaya kita berfikir..ini baru ujian di dunia yang sangat sedikit dan singkat berbanding akhirat…tapi adakah kita pernah fikir?????
           
            Hidup kita hanya bermatlamatkan duniawi…mengejar pangat, duit, jawatan, harta tetapi kita lupa dunia yang kita kejar hanya sementara..akhirat mengejar kita dan jika kita sampai pada waktu itu tiada tempat kembali..ya tiada tempat kembali

Tuhanmu merakamkan ayat dalam as-sajadah ayat 12 tentang perihal orang-orang yang berdosa tika di akhirat.

“Dan alangkah ngerinya, jika sekiranya kamu melihat perihal orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), “ya Tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.”

Dan lihatlah kata-kata Tuhanmu tentang bencana yang diberikannya di dunia

“ Dan pasti kami timpakan kepada mereka sebahagian siksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar di akhirat; agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
                                                                           Sajadah:21

Dan lihatlah juga apa kata-kata Tuhan tentang kerosakan yang berlaku di bumi ini apa puncanya??????

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)  ( ar-rum:41)


 Maka yakinlah…marilah kita bersama sama berusaha memperbaiki diri kita menjauhi yang dilarang Allah dan cuba memperbaiki orang lain di sekeliling kita…

“demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran

(surah demi masa)

“hendaklah ada diantara kamu, orang –orang yang berpesan kepada kebaikan dan melarang keburukan (amar makruf nahi mungkar), dan mereka itu adalah orang yang beruntung”

Sesungguhnya jika kita mengaku bahawa Allah adalah Tuhan kita,dan Muhammad adalah nabi kita..maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha melakukan dan mengajak orang lain kearah amar makruf nahi mungkar….
 
Kerana kita adalah khalifahà wakil Allah

Kerana kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah

Kerana jalan dakwah( sentiasa berpesan kearah kebaikan) adalah jalan nabi kita…

Kerana itu kita perlu berusaha kearah ini…semoga diri dapat melaksanakan tuntutan ini insyaAllah…




.




No comments: