kisah kat kmpp
Sangat- sangat rindukan diorang…
Terima kasih kat diorang sebab terima saya sebagai sahabat…
Terima kasih sebab sentiasa bagi sokongan dan nasihat…..
Terima kasih atas memori yang tak kan pernah pun saya akan lupakan buat selama-lamanya…
Kalian adalah permata yang dicariii…..
Yah: zati, rasa penatlah, rasa letih dengan masalah, lepas selesaikan satu, satu lagi….rasa penatlah
Zati: yah, ingat..kita hamba Allah….Allah berhak buat apa pun kat kita…kalau kita diuji, semua tuh kerana Allah sayangkan kita…..
(terima kasih sangat dekat zati, setiap kali ada masalah, yah akan ingat kata-kata zati…bersangka baiklah dengan setiap ujian Allah…tak semua kebaikan dan kemudahan itu baik buat kita..Allah lebih mengetahui..Allah lebih menyayangi kita…ujian bukanlah untuk menghukum ..tetapi untuk mendidik kita untuk menjadi insan yang kuat, hamba yang mengharapkan rabbnya dan memperbaiki kita kearah yang lebih baik.)
Teringatkan k.n yang sangat menggalakkan untuk selalu turun sembahyang kat surau walaupun perempuan…k.n cakap bukan menimbulkan fitnah sembahyang pun dengan perempuan-perempuan juga.(sebab kebanyakan wanita anggap sembahyang kat bilik lebih baik)..tapi selalu kalau sembahyang kat surau kita akan buat lebih dari kat balik..ada tadarus..kadang-kadang ada halaqah..kadang-kadang tambah sembahyang sunat..kalau kat bilik..kadang kita malas buat sorang….ingat lagi k.n selalu sembahyang kat blok b3 dan saya dan zati kat A5 sebab dekat ..dan nanti lepas isyak kitorang akan berkumpul kat surau A5 untuk group stady…buku kitorang memang aci tinggal jerk at meja dalam surau..tak der saper nak kacau tempat tue…cam jadik rumah kedua kitorang dah, kire cam ahli tetap kat situ..
Rasa sangat keluarga dengan suma ahli praktikum…ingat lagi duk berkumpul ramai-ramai kat blik bawah blok A5 stady ramai-ramai..bergantung gantung la nescefe ais kat dinding almari…nak stay up punya pasal..pastu esok g kelas suma buat muker tahan ngantuk..dan lagik kadang-kadang kalau esok ader kuiz..kitorang sembahyang hajat sama-sama kat surau blok..tue yang sangat bermakna tu…dari situ timbul rasa kasih sayang…
Ingat lagi macam mana yang jadik baik dengan ahli praktikum..sebelum tu aci buat hal sendiri jer..jadik rapat sebab cam kerap terserempak kat surau bila ada ceramah….
Ingat lagik adip…bagi kata kata nasihat kat kitorang bertiga melalui kertas..dah macam orang buat surat cinta pulak..rasa suspend giler nak bukak..rupanya ayat Al-Quran..bagus pendekatan tue ….
Ingat lagi azizi nak belanja makan tapi tak nak bagi tau dier yang belanja..dier wat pakatan dengan k.n..kononnya k.n belanja..tapi saya tahu tu duit dia..walaupun k.n tak bagi tahu…
Ingat lagi kami sama-sama tempah bilik tuk stady sama-sama..yang pandai akan ajar yang lemah..huhu tima kasih korang ajar matematik…..
Ingat lagi kitorang bertiga nie, yang bagus sket waktu dhuha pegi sembahyang dhuha, waktu zohor pun jarang balik g surau jemaah, kadang asar pon g jugak..balik lepas asar lepas dah habes baca matrurat…(kadang –kadang yang semangat ada sorang..yang lain memang niat nak balik,tapi cukuplah seorang yang semangat…semangat dier bagi kat yang tak semangat, selalunya rotate-rotate..kejap sorang nieh yang rajin, kejap lagi sorang nieh pulak)..
Tue la setiap hari cam tue la…kire okie la..malam stady..tak der masa yang buat yang bukan-bukan…
Ingat lagi..kadang-kadang malam nieh ada ceramah, esok akan ada kuiz…selalunya situasi cm nieh ramai jugak yang tak pegi ceramah..nak stady..kitorang kadang-kadang guna pendekatan berlainan..pegi ceramah..balik cari nescefe..stay up stady (apply concept berjuang tuntut ilmu dunia dan akhirat)..
Ingat lagi kadang-kadang kitorang bertiga gaduh..kadang –kadang sampai balik balik tue menangis habis habisan ah…tapi bila jumpa balik esok pagi..masing-masing cam tak der aper aper (maafkan setiap kesalahan orang, jangan ungkit-ungkitkan lagi). Dan orang lain selalu tengok kitorang happy good lucky tanpa sebarang masalah…
Teringat kat fuzah pulak lain kelas lain aliran tapi baik dengan kitorang…
Fuzah: dayah, kalau dayah sedih menangis tak?
Yah: nangis, saya kan macam manja sket…
Fuzah: saya jarang la…
Fuzah, sederhana orangnya..dia memang seorang yang sangat tabah...rasa cam seluruh kmpp tue kenal dier..sebab dier cam tak pernah benci orang, tak pernah nak mengata kat orang..dier simple jer…dia bukan orang biasa..jarang ada orang cam dia..sangat rendah diri..mungkin ada orang yang lebih dari dia dari segi rupa paras dan penampilan, serta kebijakkan..tapi jarang saya jumpa orang yang ada hati yang cam dia…luve u my frenzz…masa anta dia balik buat kali terakhir..rasa cam dia bawak separuh dari hati nieh…indahnya ukhwah kerana Allah…sebelum dia balik, dia belanja kitorang tapi sebenarnya dia dah tak der duit nak balik…nasib baik kitorang tahuuu…fuzah fuzah….
Kitorang kalau sorang tak der duit share samer-samer..bila masing-masing pon dah kopak..korek tabung..lagi kelakar makan megi sama-sama..tapi tak rasa sedih pon jadik cam tue (susah senang sama-sama adalah kebahagiaan)..
Yang tak bagusnya kitorang…hahaha nieh nak bukak cita otai nieh..kalau bab-bab masuk kelas lambat tue serah la kat kitorang…ahaks bila suma kuliah dah penuh dengan manusia..pensyarah pon dah masuk..dengan bangganya kitorang masuk..sekali dengan bangganya duk depan…aiseh..lepas tue lagik la tah paper, beberapa lama lepas tue zati dan saya akan tertido..hehehe…(konon penat)..
Lagi la terasa lawak antarabangsa dengan sowang kawan kami..siap bawak air kopi pegi kelas..tapi dia paling cepat tido..padahal kopi tue untuk tahan mengantuk..sangat lawak…
Tiru meniru tutorial adalah sebahagian kerja-kerja tak patut yang kami lakukan…..(terutamanya matematik)..
Penah sekali ponteng kuliah tiga-tiga orang kot..padahal beg dah ada dalam dewan..menyeludup keluar untuk buat persiapan jamuan waktu malam…
Tue la suka duka mender baik dan buruk yang kitorang wt secara berjemaah kat kmpp..aper-aper pon k.n, zati. Fuzah,adip,azizi, wani,husna,adi…dan lain-lain..terima kasih sangat korang sebab be my best frenz…hehehe semoga Allah izinkan pertemuan kita lagi, walau tak di dunia nanti di akhirat…semoga korang disayangi Allah selalu..
teman sejati,
Teman Sejati
Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Teman Sejati
Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
No comments:
Post a Comment