Allah telah berfiman,
“dan apabila Kami berikan sesuatu nikmat kepada manusia, nescaya mereka gembira. Tetapi ketika mereka ditimpa sesuatu musibah atas kesilapan mereka sendiri. Maka pada ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
- diantara rukum iman ialah percaya kepada qada dan qadar, iaitu bermakna percaya kepada takdir
- hidup ni secara fitrah dilalui dengan selang seli antara suka-duka, berjaya dan gagal semata-mata sebagai ujian kepada manusia sebagaimana firman Allah,
“adakah kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?”
Dan adalah menjadi fitrah manusia menyukai akan kebaikan dan membenci akan kesedihan..takut akan ujian dalam bentuk musibah..namun kita patut percaya ujian yang dibri Allah sama ada dalam bentuk apapun mempunyai hikmah yang tersendiri.
Firman Allah,
“mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.”
Dan apabila takdir itu datang dalam bentuk nikmat maka bersykurlah, jika ia datang dalam bentuk musibah, maka kita digalakkan bersabar, kerna jika kita tak bersabar takdir itu tetap akan berlaku, namun bagi mereka yang bersabar dan bertawakal kepada Allah, maka Allah memberikannya ganjaran pahala.
Manusia yang ikhlas sebagai hamba, akan sentiada ikhlas dalam menghadapi ujian dari Allah, kerana mereka percaya bahwa Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Mengetahui…
No comments:
Post a Comment