Wednesday, October 7, 2009

Allah jualah yang menciptakan kasih sayang dan cinta sesama manusia agar dengan itu kita menyayangi dan mencintai-Nya…..






Rasa pelik pulak nak tulis pasal bender –bender macam nieh..kasih sayang? Cinta ?janggal jer… terjumpa satu ayat yang sangat terlekat di hati semasa baca buku ustaz hasrizal, hampir sama dengan tajuk di atas

“Allah jualah yang menciptakan kasih sayang sesama manusia agar dengan itu kita menyayanginya”


Amat bersyukur kepada Allah dikurniakan ayah ibu yang menyayangi anaknya
Amat bersyukur dengan kurniaan sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat dan menyayangi…..

Amat bersyukur..kerana diberi kelebihan kasih sayang tak dapat dapat dijual beli, amat terharu dengan kasih sayang Allah yang sentiasa memberi walaupun seorang hamba itu dalam keadaan ingat atau lupa pada-Nya….
Sangat terharu dengan kasih sayang Allah yang sanggup memaafkan semua kesalahan hamba-Nya walaupun dosa itu adalah sebesar gunung, seluas langit dan bumi….


Amat berterima kasih kepada Allah yang telah dan sentiasa menunjukkan jalan yang lurus kepada hamba yang fakir ini…walaupun hamba ini yang satu masa dulu bersangka tidak baik terhadap ujian yang diberi-Nya…

 teringat akan satu dialog dengan seorang kawan..masa tue dia cakap dia tak berapa percaya kepada agama…tu disebabkan diri dia telah ditimpa beberapa musibah agaknya…
Lepas cakap dengan dia saya rasa terus nak menagis…satu sebabnya kerana saya bersyukur sangat kepada Allah, kerana satu masa dulu saya juga diuji dengan ujian yang hampir-hampir sama, dan  juga pernah sangka yang Allah tak adil kepada pada diri saya..tapi dari situ Allah beri saya ilham untuk terus mengenal-Nya, menerima ujian-Nya sebagai tanda kasih sayang-Nya walaupun ujian itu dalam  keburukan bukan kebaikan……

Firman Allah,
“Allah tak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya”(al-Baqarah)

Huuu… tak dapat bayangkan hidup dengan tak berapa percaya kepada Allah..sebab sangat takut kalau  jadi macam tu… lagi takut lagi mati dalam keadaan macam tue…

Firman Allah,
“ sesungguhnya aku memberi petunjuk kepada sesiapa yang aku kehendaki”
Syukur dan terima kasih Allah kerana memilih aku, mengajar aku erti kasih sayang yang hakiki adalah dengan mencintai-Mu. Tidak ada daya kekuatan untuk mengingat-Mu, beribadah kepada-Mu melainkan hanya dengan izin-Mu juga…

Nak cakap pasal kasih sayang yang diciptakan Allah kepada setiap makhluknya, agar dengan itu kita menyayanginya…
Tapi adakah sesetengah dari kita faham akan hakikat ini…

Berapa ramai remaja wanita dan lelaki sanggup melanggar perintah Allah dengan berzina dan setidak-tidaknya menyentuh yang bukan mahram semata-mata kerana kasih sayang dan cinta?
Adakah mereka faham hakikat kasih sayang dan cinta?

adakah benar dengan mendakwa, masing –masing melakukan hal yang sedemikian kerana cinta??kerana kasih sayang terhadap pasangan masing-masing?????
Lalu dimanakah letaknya hak Allah?
Adalah hak manusia sebagai hamba untuk mengikut perintah Allah, dan Allah melarang berzina, menyentuh yang bukan mahram…

Dimanakah hak Allah dalam diri manusia…sedangkan dialah yang menciptakan cinta itu sendiri…
Dengan izin-Nya dia membukakan hati seseorang untuk mencintai  kita….
Membukakan hati manusia untuk menyayangi kita…
Memberikan kelebihan tertentu kepada kita agar dengan itu manusia mencintai kita…
Dan selepas itu kita mengenepikan  perintah-Nya yang dia tetapkan untuk menjaga kita daripada kemusnahan….

Dimanakah kita meletakkan hak Allah yang sentiasa memelihara kita semasa ibu bapa kita masih belum mampu memelihara kita di alam rahim, yang memberikan rezeki sejak kita dalam alam rahim lagi…membentuk rupa paras kita sesempurna mungkin…

Dan apabila kita dicintai manusia yang mencintai kita kerana sebahagian daripada kelebihan kita yang juga merupakan nikmat dari Allah, kita mengenepikan perintah Allah kepada kita…

Segala peraturan yang rigid tentang perhubungan tu sebenarnya adalah untuk memelihara manusia…
Allah sedar manusia itu perlukan  kasih sayang, perlukan cinta, oleh kerana itu Allah menciptakan hawa selepas menciptakan adam.. dan memberikan kepada keduanya zuriat…
Allah tetapkan pergaulan yang terbatas antara lelaki dan perempuan untuk sebagai tanda kasih sayang Allah, dan untuk memberikan cinta dan kasihnya kepada kita…bagaimana???


Kerana Allah tak nak daripada hubungan yang tak sepatutnya akan lahir anak yang tak berayah..adan akhirnya anak ini akan terbiar tanpa kasih sayang


Kerana Allah ingin menjaga wanita, tidak ingin membiarkan mereka ditinggalkan oleh orang yang mengaku mencintai mereka tetapi sebenarnya hanya mencintai “fizikal” sahaja..


Allah tetapkan setiap suami mesti menjaga isterinya sebagai amanah dan berlaku baik terhadap isterinya
Kepada anak-anak yang diuji dengan kematian ibu bapa, Allah tetapkan kepada orang-orang beriman untuk berbuat baik kepada anak-anak yatim
Kepada setiap ibu bapa, Allah menyuruh berbuat baik kepada anak-anak, dan mencorakkan mereka kearah yang baik
Allah menetapkan untuk menusia saling sayang kerana Allah sehingga kan orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan dinaugi arrash Allah di hari akhirat…
Dan nabi bersabda
“ sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencitai saudaranya lebih dari diri dia sendiri”

Sebegitu banyak peraturan dan nasihat yang Allah berikan..agar dengan itu kita hidup dengan kasih sayang dan cinta-mencintai antara satu sama lain… Allah menciptakan semua itu agar kita mencitai-Nya..menyayagi-Nya…insyaaallah selepas sedar nieh..marilah kita mengukuhkan cinta dan kasih sayang kepada Allah…


Firman Allah dalam surah an-nisa’
  1. wahai manusia ! bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (adam), dan Allah telah menciptakan pasangannya (hawa) dari dirinya dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang nama-Nya kamu sering meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesunguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu”

Sutera Kasih

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

2 comments:

An-Nur Furqan said...

alhamdullilah insyaalah kwn saya tu semakin berubah..semoga dia dipertemukan dengan orang yang boleh menasihatinya ke arah yang baik...

selepas bertemu dengan dia saya sedar, tak semua orang yang buat salah tu memang nak buat salah dan tak nak berubah...

mereka perlukan orang yang percaya mereka dapat berubah, bukan orang yang hanya ingin menghukum...
mereka perlukan orang yang melihat mereka dengan kasih sayang, bukan orang yang melihat mereka sebagai seorang yang sudah tak dapat diubah
diluar sana mungkin ramai lagi yang macam nieh..
lihatlah mereka sebagai saudara,kita perlu ingat bahawa kita dituntut untuk membenci perbuatan jahat/dosa bukan pelakunya...terhadap pelaku dosa kita dituntut untuk menyeru mereka ke jalan yang benar...
semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan saudara islam kita yang lain..ameen

Anonymous said...

mohon share