Salah Siapa
terbaca kisah seorang gadis yang dirogol bertukar menjadi gadis liar kat berita kosmo hari nieh 4/10/2009 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm
Kisah nieh boleh di baca kat link di atas..kisah macam nieh bukanlah benda yang baru kita dengar. Sebelum nieh aku penah dengar kisah seorang budak yang pernah dirogol oleh ayah tirinya kot, dan lepas tu dia berubah jadi liar, berzina jadi perkara biasa.
Tu tentang kes gadis jadi liar, ada lagik kes ketagihan arak, kes rokok, kes zina hanya hampir kene mengena, sex bebas, vandalism, mat rempit, gejala lepak dan lain-lain lagilah…makin lama rasanya semua nieh jadik bertambah rumit..
Kemana hala tuju kita
Dan kemana hala tuju remaja kita, di saat negara sedang gah membangun dengan sistem pendidikan yang diperkasakan. Dan dengan pembagunan negara ke arah teknologi tinggi..dalam kita mengejar semua ini adakah kita terlupa untuk menjaga para remaja kita dalam mencari diri mereka..dari menjadi warga yang kita percaya untuk menerajui negara kita yang kita sungguh-sungguh bangunkan nih..apa gunanya?????
Apalah gunanya kita tinggalkan mereka dengan hidup senang lenang, dengan teknologi yang dibangga-banggakan tetapi kita biarkan mereka menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya tanpa disedari mungkin negara maju yang kita bina selama berpuluh-puluh tahun sampai sekarang ni akan jadi satu tamadun yang kucar kacir selepas ketiadaan kita. Kerana kita gagal membentuk generasi yang boleh dipercayakan untuk meminpin negara.
Kuncinya?
Apa kuncinya? Apa kuncinya kejayaan madinah? Kita sebagai negara islam patut mencontohi bagaimana Rasulullah membina madinah.. bagaimana Para Sahabat membina negara. Dan apakah yang menyebabkan generasi islam jadi mundur..jadikanlah iktibar….
Bezanya
Apa bezanya?
Bezanya ialah kita tidak bertakwa kepada Allah, …
Adakah kita rasa islam tue hanya sekadar agama?
Tidak mengajar kita untuk membina negara?
Tidak, sesungguhnya islam adalah cara hidup
Kenapa Allah larang menipu?
Kenapa Allah suruh amanah?
Kenapa Allah melarang pergaulan bebas?
Kenapa Allah larang minum arak?
Kenapa Allah larang berjudi?
Kenapa Allah selalu kata bertakwalah kepada Allah?
Allah larang menipu, menyuruh kita amanah dilarang berjudi sebenarnya adalah untuk menjaga keamanan negara kita…apa jadi kat negara asyik tipu sana snieh…rasuah sana snieh…hasilnya pembangunan negara jadi tak sekata
Kenapa Allah larang pergaulan bebas…kenapa Allah hadkan pergaulan lelaki dan perempuan. Merebak, kehilangan kestabilan rumah tangga., dah selalunya kalu dah terlanjur, kene tangkap basah then kawin tapi tak ada asas ilmu perkahwinan …pastu boleh memberi kesan langsung dalam perkembangan anak-anak kerana mereka dibesarkan dalam keluarga yang tak stabil, yang tak da asas agama then dia akan cari jalan keluar dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tak sepatutnya macam gejala social sebab dia ingat apa yang dia lakukan itu betu..kerana mereka tak diajar tentang yang mana salah dan yang mana betul…
Dan sekarang kita masih dapat nak faham dengan jelas peranan agama sebagai panduan dalam kehidupan..harapkan rakyat Malaysia akan bertambah sedar dengan semua nieh dan cuba untuk mengikuti syariat dalam kehidupan..insyaAllah.
1 comment:
masih negara Islamkah kita?
Negara Islam ada khalifahnya
Fakta: Kita tiada khalifah. 1924, Kerajaan Islam Uthmaniyyah diistiharkan jatuh. There is no Caliph since then and there is no ISLAMIC NATION
Post a Comment