Dan Tuhanmu berfirman,
“Dan Allah membeli orang-orang beriman itu dengn harta dan jiwa mereka dengan syurga”
“mereka inilah orang yang berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan terbunuh”
Dulu, kini dan selamanya, selagi mana belum tiba masanya apabila bumi digoncangkan dengan goncangan hari kiamat. Maka sebelum itulah perjuangan kita untuk menyeru manusia kepada agama Allah itu tidak akan selesai… tahun berganti tahun, dekad berganti dekad, walaupun musuh- musuh islam telah cuba sedaya upaya untuk melakukan pelbagai tipu muslihat dan kekejaman demi kekejaman bagi memastikan tiada lagi manusia yang berjiwa islam, namun hakikatnya mereka tidak pernah berjaya kerana Allah telah berjanji bahawa islam itu adalah satu – satunya agama yang diterima di sisi-Nya, dan kemenangan pasti terletak pada tangan kita. Lalu Allah menggantikan setiap jiwa yang shahid menemunya di medan jihat dengan jiwa lain yang seumpanya yang mencintai-Nya, dan yakin akan segala janji-Nya dan bersedia berjuang pada jalan-Nya
Walau kita lihat realiti semasa semakin banyak umat islam yang kurang akidah islam telah berjaya dipesongkan dengan hiburan, sukan dan berbagai lagi tipu muslihat kafir yang bertujuan menjauhkan diri mereka dari Allah. Namun hakikatnya, cahaya Allah masih menerangi sebahagian dari jiwa hamba-hambanya yang lain untuk mencintai-Nya serta sedia berkorban pada jalan-Nya.
Namun setakat manakah sekelompok manusia ini mampu bertahan? Apakah harga yang perlu dibayar atas perjuangan ini agar tercapailah hasrat kita untuk melihat islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebagai cara hidup bagi orang islam dan orang kafir juga akan yakin dengan kalimah
“ Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad utusan Allah”
Demi kejayaan ini, masa yang lama diperlukan, jalan yang hikmah diperlukan, pelbagai cara dan strategi tanpa mengenal penat lelah…mungkin melalui pena, mungkin melalui kata-kata, akhlak yang baik, nasihat yang berguna, dan mungkin jug melalui jihat dengan nyawa dan jiwa.
Tetapi ingatlah firman Allah yang berbunyi
“dan serulah manusia kepada agama kamu dengan hikmah”
Hikmah* kebijaksanaan
Gunakan setiap cara betul pada tempatnya, dan sentiasalah beringat
“teladan melalui perbuatan itu nyata lebih mudah diikuti berbanding teladan melalui kata-kata”
-iringi kata-kata nasihat dengan contoh yang baik, gunakan kelembutan untuk mengatasi kekerasan sebagaimana air yang bersifat lembut itu sedikit demi sedikit dapat melekukkan batu yang keras…walaupun masa yang diambil sebegitu lama…..
Dan ingatlah demi sebuah perjungan itu kau akan berhadapan dengan pelbagai cubaan yang berupa masa, harta, jiwa, hati yang rendah diri dan senang bertolak ansur, tidak mudah putus asa..dan mungkin apabila perlu..untuk membela kamuliaan agama kita..jihat dengan darah itu diperlukan….
Firman Allah,
“dan hendaklah ada segolongan dari kalangan kamu yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itu adalah orang yang paling beruntung”
No comments:
Post a Comment