Saturday, December 26, 2009

Khalifah Youth Training


Alhamdulillah selamat menghabiskan program kedua sebelum naik semester baru..program anjuran institute khalifah yang dibuka untuk semua calon ipt dengan percuma demi untuk menyebarkan konsep khalifah kepada semua.  Banyak yang belajar dari sana, walaupun ni sebenarnya kali ke-2 menyertai program yang sama...insyaAlllah saya berhasrat akan menulis beberapa artikel yang berkenaan dengan apa yang saya pelajari di sana sebagai perkongsian kepada pengunjung-pengunjung yang datang, semoga Allah memberi keikhlasan, kesempatan dan kemampuan..dan disini  saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang institute khalifah ini







institute ini diasaskan oleh Prof Dr. Muhammad Al'Mahdi
lahir: Australia  tetapi membesar di Amerika.
beliau selama 40 tahun belajar psychology, physics, cosmology, philosopy, theology. prof asalnya adalah seorang atheis, dan beliau menemui Tuhan melalui science. muslim pada akhir 70-an dan meninggal dunia pada 29 april 2006 akibat penyakit kanser.


insitutue khaliah terletak di
298, jalan Ampang utama, 68900 Ampang, Selangor (tel:03-4256 6810) Fax (03-4256 5423)
emel- khalifahproject@yahoo.com web:www.islamic-world.net

objective sebagai khalifah:
-menjadikan diri kita baik
-bantu orang lain untuk jadi baik
-menjaga alam dengan baik

untuk melihat dengan lebih lanjut aktiviti yang dilakukan oleh institute ini boleh klik di bawah:
http://khalifahtraining.com/

komen tentang program ini:

program yang sangat bermanfaat, jarang kita didedahkan dengan konsep ini.mungkin sememangnya ramai antara kita dah sedar yang kita adalah khalifah Allah, tapi mungkin tak ramai yang sedar akan keistimewaan nya dan tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang khalifah Allah, oleh itu bumi kita, persekitaran kita tidak dijaga dengan baik..dalam program ini ada diselitkan bukti saintifik kejadian alam, kenapa turunnya khalifah, bagaimana hendak menjadi seorang khalifah..insyaAllah sebagai perkongsian saya akan cuba menulis beberapa artikel yang berkaitan dengan konsep khalifah..semoga para pengunjung yang berminat bolehlah baca...beri komen, buat sebarang pertanyaan..saya bukanlah yang terbaik, tapi saya ingin suba berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dan saya harap komen 2 yang membina supaya kita dapat memperbaiki diri kita dengan lebih lagi..

"islam adalah agama untuk mencari kebenaran, bukan kemenangan"

"islam itu indah, mengajak kepada hidup dalam kebahagiaan"
 
 "ilmu adalah untuk dikongsi bukan untuk disimpan..."

No comments: