-jika ditanya kepada semua ibu bapa, anak yang bagaimana mereka mahukan?, mungkin hampir semua akan menjawab, mereka inginkan anak yang baik, yang pintar dan yang berbakti kepada kepada kedua ibubapa. Mereka mahu anak mereka menjadi seperti permata…
NAMUN YANG MENJADI PERSOALANNYA, BAGAIMANAKAH UNTUK MELAHIRKAN PERMATA?
SECARA LOGIKNYA, ADAKAH PROSES PEMBUATAN PERMATA ITU SAMA DENGAN KACA?
Tentunya tidak, proses pembuatan permata itu tentunya lebih rumit daripada proses pembuatan kaca…
Nah begitu jualah anak-anak. Jika kita ingin mereka menjadi seperti permata. Maka kita harus mendidik mereka seperti permata…
Wahai IBUBAPA, TANYAKAN DIRI kamu…
- Sudah berapa lamakah kamu tidak memeluk dan membelai anak kamu dengan kasih sayang?
- Bagaimanakah kamu berkomunikasi dengan mereka? Adakah hanya dengan memberi arahan dan kamu mengharapkan setiap arahan itu diikuti Tanpa mengambil kira pendapat mereka?
- Apakah makanan kegemaran anak kamu?kesukaan mereka?kebencian mereka?
- Siapakah teman akrab mereka?
- Adakah mereka pernah berkongsi masalah denganmu?
Mungkin ramai diantara kita sedar bahawa masalah utama yang berlaku di kalangan remaja adalah bertitik tolak dari permasalahan rumah tangga ibu bapanya…..
Apabila komunikasi antara ibubapa dan anak-anak hanyalah berupa arahan dan anak-anak mula merasa bahawa ibuabapa tidak menghargai mereka ekoran dari pendapat mereka dalam sesuatu perkara tidak diambil endah, maka dengan itu mereka mula mencari orang luar sebagai ganti ibubapa untuk meluahkan perasaan, yang mana orang inilah yang memahami isi hati mereka, yang akan melafazkan kata sayang kepada mereka,dan selain dari ini yang tidak mereka dapatkan dirumah, maka mereka mungkin akan bertemu dengan “orang luar” yang salah. Tambahan lagi apabila mereka tidak dididik dengan ilmu agama dengan sebaiknya. Maka mereka ini lemah pegangan…
Dan sebagai masyarakat, apa yang kita lakukan apabila kita berhadapan dengan kanak-kanak yang rosak akhlak sebegini?...kita keji mereka, kita cerca mereka, namun tanyalah diri kita sendiri..adakah ini semua 100% salah mereka? Dan adakah hanya ini yang kita dapat lakukan?
*anak remaja kita perlukan kasih sayang, perlu perhatian dan bimbingan..jika masing-masing asyik menyalahkan mereka, maka siapa yang sanggup membetulkan kesalahan ini..ayuh..didik anak remaja kita dengan kasih sayang…bukan dengan hukuman dan cacian..mereka permata generasi masa depan, umat Muhammad yang kita harapkan akan membela islam
No comments:
Post a Comment