Mengenali Siapa DIRI KITA??????
mungkin sebahagian daripada manusia tak pernah sedar dan dalami hakikat dirinya yang sebenar? Dari mana asal usul kita? Mengapa kita datang dan kemana kita akan pergi?????
Mungkin sesetengah yang tidak berpegang pada agama tidak mungkin akan mempercayai bahwa adanya kehidupan selepas mati, maka dia tidak beramal untuk sebagai bekalan pada kehidupan tersebut…satu alam yang lain yang ghaib…iaitu hari kiamat??????
Secara rasionalnya adakah setiap benda yang terwujud itu hanya “natural” tanpa ada satu pun hakikat kenapa ia diciptakan?????
Kenapa perlu adanya matahari?
Kenapa perlu adanya tumbuhan?
Kenapa perlu ada bulan?
Kenapa perlu ada siang dan malam silih berganti dalam kadar yang tetap?
Kenapa perlunya hujan???
Sudah tentu kita akan menjawab matahari akan memberi cahaya kepada kita, siang dan malam yang silih berganti kepada kita itu sebagai kemudahan untuk kita supaya dapat membahagikan masa yang sama untuk berehat dan mencari rezeki…dan tumbuhan, hujan akan memberi rezeki kepada kita…maka kita sekarang sedang menjawab hakikat kenapa adanya matahari, tumbuhan, siang dan malam…..jadi bagaimanakah pula dengan kita, MANUSIA…apakah peranan kita??????????
- Menjadi Khalifah di atas muka bumi
Firman Allah yang berbunyi,
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Dan mereka berkata, “ Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami berstasbih memuji-Mu?” Dia berfirman, “sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Al-baqarah:30)
- Untuk beribadat kepada Allah,
Firman Allah yang berbunyi,
“tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”
(Az-zariyat:56)
- untuk mengenal Allah
Siapakah KITA DAHULU?
Firman Allah dalam surah Al-insan, ayat 2
“ sungguh, kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.”
Firman Allah dalam surah Al-Alaq ayat 2
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
Al-Mukminun
12. Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang berasal dari tanah
13. kemudian Kami jadikan air mani itu sesuatu yang melekat, yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim)
14. kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang berbentuk lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik.
Itulah kita dahulu, asal nya dari air mani yang hina, dan kemudia melalui beberapa peringkat perkembangan untuk menjadi makhluk yang sempurna, dan kemudian Allah berfirman bahawa ia menjadikan kita mendengar dan melihat untuk sebagai ujian kepada kita….
Kita manusia, yang juga Allah ciptakan sebagai khalifah, khalifah ertinya permakmur juga wakil Allah…
Makanya, inilah DIRI KITA,
Manusia yang asalnya dari tanah (nabi Adam), kemudia dari air mani yang hina, dan dari kehinaan ini Allah angkat darjat kita untuk menjadi makhluk teristimewa di sisi-Nya, iaitu sebagai khalifahnya..yang tidak diberikan kepada Malaikat, jin mahupun syaitan…dan Allah letak kita di dunia ini pasti ada sebabnya..iaitu melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba yang Mengenal-Nya, menjadi Khalifah-Nya dan beriabadah kepada-Nya…maka jangan hinakan diri kita dengan melakukan perbuatan hina yang mencemar jiwa bersih kita yang Allah muliakan…kita patut kembali kepada pencipta kita dengan kemuliaan, sebagaimana dia mendatangkan kita dengan kemuliaan….hakikat diri kita memang hina…ini untuk memuhasabahkan diri kita bahawa kita tiada apa 2 untuk dimegahkan, di hapadan Allah…jika kamu cantik..kamu datang dari air yang hina tempat yang hina..kamu hanya mulia kerana tugas kamu sebagai khalifah..kerna tugas ini tidak diberikan kepada makhluk lain kecuali manusia….
No comments:
Post a Comment