Monday, December 14, 2009

KUASA LIDAH





Saban hari, saban masa kita menggunakan  lidah kira untuk merasa, bercakap dan sebagainya.

Sebenarnya ramai antara kira yang sedar akan bahayanya lidah jika ia tidak digunakan dengan sebaiknya. Namun, adakah kuta benar-benar berwaspadaaa dengan fitnah yang dilakukan dengan lidah? Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah yang berbunyi,

“dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”


                                                            (al-Baqarah: 191)
- fitnah yang dibawa oleh lidah itu adalah lebih kejam daripada pembunuhan
- untuk apa kita asyik menceritakan akan keaiban orang lain?, adakah dengan berkata demikian perkara terbabit dapat diubah?adakah dengan mencela orang lain dapat mengubah sesuatu yang buruk? Saya rasa pada kebanyakan masanya tidak, maka dengan itu adalah lebih baik kita mengelakkan daripada bersifat sebegini. Marilah kita meninsafi firman Allah yang berbunyi,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Al-Humazah,
  1. Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela
  2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.
  3. Dia(manusia) mengira bahawa harta itu dapat mengekalkannya.
  4. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam neraka hutamah
  5. Dan tahukah kamu, apakah neraka hutamah?
  6. iaitu api(azab) Allah yang dinyalakan
  7. yang membakar sampai ke hati
  8. sungguh api itu ditututp rapat atas(diri) mereka
  9. sedang mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang

kadang kala pasti terdetik dalam benak kita mengapa agaknya Allah sangat memurkai perbuatan mengumpat dan mencela.dan mengapa fitnah itu bagi Allah lebih berat dari pembunuhan.

Teringat akan pengalaman sendiri apabila menjadi sasaran umpatan di waktu, pada waktu itu saya sentiasa terfikir, apakah sebenarnya salah saya kepada mereka? Apakah salah saya yang hanya sebesar itu begitu besar?...tidakah mereka mempedulikan perasaan saya, sedangkan mereka sudah terlalu besar untuk berfikir secara waras. Mereka sepertinya menjadikan kerja ini sebagai hobi. Dan hasilnya, tanpa mereka sedari, mereka sedang merosakkan orang lain. Bagaimana?
  • Jika orang itu sememangnya baik. Dia mungkin sudah bosan dengan perbuatan baiknya, kerana biar apapun yang cuba dia lakukan, dia tetap dipandang buruk
  • Bagi orang yang dalam kesusahan, akan lebih bersusah hati apabila masyarakat memandangnya dengan pandangan yang serong
  • Bagi orang yang sudah bertaubah dan ingin kembali ke pangkal jalan mungkin akan kembali bermaksiat kerana tiada sokongan dari masyarakat
  • Bagi kanak-kanak yang masih kecil, mungkin akan mengalami ganguan emosi
  • Bagi yang lemah iman, mungkin akan bunuh diri dll.

Lihatlah, betapa mudahnya lidah berbicara, tetapi betapa beratnya bahu dan jiwa menanggung derita pada hal yang mungkin tidak benar baginya…Allah melarang semua ini kerana ia dapat meluntuhkan kasih sayang antara umat manusia….

*  doakan saya supaya dapat memaafkan mereka yang pernah melakukan perbuatan ini kepada saya, kerana hingga ke hari ini saya belum dapat memaafkan mereka dengan sepenuh hati…walaupun saya tahu manusia  itu lemah sering melakukan salah, dan juga tahu Allah sayangkan orang yang berjiwa pemaaf..saya masih belajar..belajar untuk menjadi hamba Allah yang baik..sentiasa percaya bahawa setiap apa yang berlaku pada kehidupan, bagaimana pun hidup memperlakukan kita, semuanya itu atas izin Yang Mencipta, jika ia buruk bukan kerna benci, tapi bagi pembuktian taat…setiap hari masih lagi adalah proses belajar, kita belajar dari kesalahan orang lain, dari alam dan mungkin dari binatang..dan dengan itu hati yang redha dan bersih akan melihat kasih dan petunjuk Allah datang dalam setiap bentuk……hati rindu bertemu-Nya, namun diri terlalu khilaf dan hina…..

2 comments:

Wardah alisya said...

"setiap hari masih lagi adalah proses belajar, ... dari alam dan mungkin dari binatang.."

aku setuju, dan sedang mengalaminya. kucing aku mungkin lumpuh untuk seumur hidupnya. wp dia hanyalah seekor kucing, tetapi dia masih kuat untuk meneruskan hidupnya..

An-Nur Furqan said...

sedey nyer...dah la dia hidup sensorang....huuu tabahnya kucin tu...