Salam, sekadar berkongsi apa yang telah saya baca dalam sebuah buku bertajuk DIMANAKAH SILAP KITA yang ditulis oleh Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi. Di dalam buku ini beliau telah menyenaraikan beberapa perubahan atau perkembangan yang dapat dilakukan untuk merialisasikan kebangkitan islam. Semoga agenda ini dapat dikongsi oleh pembaca, atau mungkin ada yang berminat untuk membeli buku ini..keluaran Jahabersa,2010: Rm 11:90,
Ruang lingkup pemerhatian dan penumpuan hendaklah diubah
· Dari masalah cabang serta juzuk kepada perkara asasi serta keseluruhan.
· Dari ibadah sunat kepada amalan fardhu
· Dari masalah khilaf kepada masalah yang disepakati ulama’
· Dari amalan anggota luaran kepada masalah hati
· Dari bentuk melampau serta berlebihan kepada pertengahan dan kesederhanaan
· Dari kesusahan serta menjauhkan diri kepada kemudahan serta memberikan berita gembira.
· Dari bersikap jumud serta bertaklid kepada berijtihad serta melakukan pembaharuan
· Dari banyak bercakap serta berbantahan kepada sikap memberi serta banyak amalan
· Dari hanya mengikutkan perasaan serta bekerja tanpa bersistem kepada kajian ilmiah serta perancangan
· Dari bersikap fanatik terhadap golongan lawan ketika mengeluarkan sesuatu pendapat kepada bersikap berlapang dada dengan mereka.
· Dari gaya bersemangan kepada gaya bertafaqquh (dari gaya hanya memberikan nasihat pengajaran kepada gaya mendalami ilmu, atau dari gaya bersemangat di atas mimbar kepada gaya ketenangan mempelajari ilmu secara berkumpulan)
· Dari menintikberatkan soal kuantiti kepada menitikberatkan soal kualiti
· Dari mendongak ke langit impian kepada menunduk ke bumi realiti
· Dari mencari kedudukan kepada bercampurgaul dengan masyarakat untuk hidup bersama mereka.
· Dari mengingati perkara silam yang sudah lepas kepada menghayati kehidupan semasa untuk persediaan masa depan.
· Dari hanya tenggelam dalam suasana amali politik kepada turut sama menumpukan amalan kemasyarakatan.
· Dari melakukan perselisihan yang menentang serta berseteru kepada perselisihan dari segi jenis dan saling bantu membantu.
· Dari melupakan hal ehwal kehidupan kepada beribadah dengan tekun menghayati realiti kehidupan.
· Dari hanya berfokus kepada kawasan tempatan yang sempit kepada turut sama memberikan tumpuan kepada alam sejagat yang lebih luas
· Dari rasa takjub dengan diri sendiri kepada sikap muhasabah kekurangan diri.
·
No comments:
Post a Comment