"the more u know something, the more u know everything"...
dan Rasulullah juga bersabda
" sesungguhnya Allah mencela sifat lemah, tetapi anda mestilah menjadi orang yang pintar"
dan ayat pertama yang Allah turunkan ialah,
"bacalah dengan nama Tuhanmu"
jadi, banyakkan membaca, berfikir dan mengambil pelajaran..
TERUSAN DALAM SURAH AR-RAHMAN..
petang semalam, rasa nak baca tafsir surah Ar-rahman..satu surah yang banyak menceritakan tentang sifat Allah yang Maha penyayang..sedang dalam usaha untuk keluarkan satu artikel tentang itu, tapi belum cari maklumat lagi..tapi nak kongsi dengan pembaca tentang ayat 19-20 dari surah ar-Rahman..
"Dia membiarkan kedua laut mengalir dan kemudiannya bertemu. dan Diantara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing"
diantara musafir ada yang berpendapat bahawa "la yabgiyan" maksudnya masing-masing tidak mengkehendaki. dengan demikian maksud ayat 19-20 ialah bahawa ada dua laut yang keduanya terpisah dibatasi tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki (diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang (digali untuk keperluan lalu lintas), maka bertemulah kedua lautan itu. contohnya seperti terusan suez dan terusan panama...
TERUSAN SUEZ..
- merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di antaraMesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), berfungsi diantara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
- Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut.
- Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah
Tokoh terusan suez
- Ferdinant Vicomte de Lesseps
- lahir pada 1805 di perancis
- buka terusan suez secara rasminya pada 1869. selepas itu beliau menjadi pujaan oleh seluruh eropah..
- beliau juga pernah cuba untuk membuka terusan panama 12 tahun selepas itu namun gagal.
- 22 0000 pekerja mati akibat demam kuning
- setelah itu beliau telah dihukum penjara selama 5 tahun kerana dituduh menyeleweng dana dari masyarakat.
- meninggal dunia pada 1894.
TERUSAN PANAMA
- memotong tanah genting panama sepanjang 82 km
- memotong amerika utara dan Amerika selatan
- menghubungkan samudera pasifik dan atlantik.
- ia mula dibangunkan pada tahun 1500, namun hanya dibuka pada 1914...ini kerana pembangungannya dilanda masalah seperti malaria, demam kuning, tanah longsor dan kekurangan air..
- tokoh penting-theodore Rooselt
- dibuka 15 august 1914.
- nie la sedikit sebanyak kalau nak diringkaskan tentang dua buah terusan dalam surah ar-rahman nieh..pengajaran dari sejarah nieh betapa setiap kejayaan tuh sangat memerlukan pengorbanan, contohnya untuk menjayakan pembukaan terusan panama, 22 000 orang pekerja dikatakan mati.
"gain mean loss, you gain someting, mean that you have to sacrifice something"
dan mungkin nie one of "magic from Al-quran". apa yang diceritakan 1400 tahun dulu telah terjadi..who knows..Allah knows..He Knows everything
"dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"
No comments:
Post a Comment