Firman Allah,
Surah al-isra: 61-65
“Dan ingatlah, ketika kami berfirman kepada malaikat, “sujudlah kamu semua kepada Adam, “lalu mereka sujud kecuali iblis. Ia berkata, “apakah aku harus sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”
“Ia, iblis berkata, “terangkanlah kepadaku, inikah yang lebih Engkau muliakan daripada aku? Sekiranya Engkau beri tangguh kepadaku sampai hari kiamat, pasti akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.”
“Dia Allah berfirman, “pergilah, tetapi barang siapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sungguh, neraka jahannamlah balasanmu semua, sebagai pembalasan yang cukup.”
“dan perdayakanlah siapa saja di antara mereka yang engkau iblis sanggup dengan suaramu yang memukau, kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda, dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak anak lalu beri janjilah kepada mereka.”padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka”
“sungguh terhadap hamba-hamba-Ku, engkau iblis tidaklah dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.”
Aku melakukan salah lagi..merasa hina lagi..jalan pulang itu ada, namun ..betapa beratnya hati untuk mulakan langkah baru..
Terasa sangat hina disisimu ya Allah..
Kerana ilmu itu ternyata tidak cukup untuk membimbing aku untuk tidak menduhakai-Mu,
Kerana aku tidak sertai letakkan iman dalam hatiku untuk membimbing ilmu itu ke jalan yang sepatutnya.
Hanya kerana itu…
Wahai iman…gigihlah…
Sekarang kita perlu bangkit,
Kesalahan ini perlu diperbetulkan, bukan hanya kesal dan putus asa
Janji Tuhan itu benar, ingat Allah Maha Pengampun atas segala dosa,
iman:aku malu, telah beberapa kali ucapkan kata taubat, tidak akan abaikan perintah Allah, namun tetap aku abaikan…walaupun aku tahu itu salah
Kepada siapa engkau sembah iman?
Iman: kepada Allah Yang tidak ada Tuhan melainkan Dia
Dan ingatlah kamu bahawa sifat Allah yang patut kamu percaya itu ialah
Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun..
Jadi Allah akan maafkan iman, jika kita ikhlas inginkan keampunan…
Iman: dan nanti akan aku lakukan salah lagi, dan akan aku ulangi mohon maaf lagi…aku malu dengan Allah
Kenapa Engakau malu?
Iman:adakah aku tidak malu, kerana aku cinta Allah, maka aku malu melakukan perkara yang tidak disukai-Nya
Dan Engkau tidak ingin pulang? Pulang melakukan apa yang penciptamu sukai? Kerana telah kamu katakan bahwa kamu cinta Allah?
Iman: aku ingin pulang…namun aku malu..aku rasa rendah diri, tidak tahan diuji…aku malu..
iman..jangan malu, mari pulang sekarang, mungkin masa kita tidak lama lagi…mungkin sesaat dua lagi..ingin kau pulang sebagai penderhaka?tidak ingin bertemu Allah sebagai pemenang, tidak ingin berkumpul dengan nabi yang kau cinta , dan menjadi umat yang mengikutinya..mengasihinya, berjuang sepertinya…dan berkumpul dengan wajah berseri-seri bersama-sama pejuang agama yang lain? Iman…mari pulang…
iman :aku…ingin berjumpa nabiku, ingin dia melihatku dengan gembira sebagai umatnya . ingin dia tahu aku sentiasa mencintainya walau aku tak pernah melihatnya..hanya kerana mendengar dia sangat mencintai umatnya..lantas aku juga mencintainya…aku ingin melihat betapa kemuliaan wajahnya..
dan Tuhanmu?
Iman: aku ingin bertemu Tuhanku…aku ingin Dia melihatku..ingin Dia berkata kepadaku..masuklah kamu kedalam syurga-ku Tanpa hisab..kembalilah kamu dalam keadaan redha dan diredhai..ingin melihat wajah Tuhanku, yang aku sentiasa cinta, hanya dengan membaca kalamnya tanpa melihatnya…
Maka mari kita kembali iman…
Iman:masih ada harapankah bagi orang sekhilaf aku..untuk menemui cintaku…Allah dan nabiku
Kita memang tak tahu ….tapi kita patut yakini..siapa yang mencari Allah, dia akan temui…kita patut usaha iman
Iman: dan semangatnya…????
Dengan mengingat bahwa..Allah sentiasa meneriman hamba-Nya, sentiasa mencintai hamba-Nya..jangan tertipu dengan syaitan lagi iman
Iman: syaitan?
Ya kerana syaitan telah berjanji akan menyesatkan kita,dia akan seboleh-bolehnya cuba memisahkan kita dengan Tuhan kita
Iman: jadi?
Iman…jadi, jangan pernah tidur..kerana syaitan dan nafsu tidak pernah tidur…
Dari surah Qaf
24-26
“Allah berfirman, lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka jahannam,semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala”
“yang sangat enggan melakukan kebaikan, melampaui batas, bersikap ragu-ragu”
“yang mempersekutukan Allah dengan Tuhan lain, maka lemparkanlah dia ke dalam azab yang keras”
31-35
“sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka”
“kepada mereka dikatakan, “inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang senantiasa bertaubat kepada Allah dan memelihara semua peraturannya”
“Yaitu orang yang takut kepada Allah Yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat”
“masuklah ke dalam syurga dengan aman dan damai.itulah hari yang abadi”
“mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki, dan pada Kami ada tambahannya”.
Ameen….apa kabar iman kita hari ini?..jauh atau dekat dari Allah?..semoga kita dapat bermuhasabah..iman itu perlukan zikir sebagaimana perut perlukan makanan…
No comments:
Post a Comment