Wednesday, March 10, 2010

Tentang sahabat- dia mungkin lebih baik dari kita….



Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Al-hujurat :11

“wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan )adalah lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan, dan jangan pula perempuan-perempuan mengolok-olokkan perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik darinya. Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah memangil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk kepada orang yang fasik setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Sungguh betapa khilafnya aku dalam mengawal diri sendiri untuk mengatasi hal ini..
Aku rasa sangat bersalah sebagai seorang sahabat…

Apabila aku melihat sahabat sendiri sedang berpaling dari jalan yang lurus,apa yang aku lakukan?
Hanya melihat
Mencacinya
Menghindarinya
Mengenepikannya
Agaknya aku lupa suatu perkara
Hadis
“tidak sempurna iman seseorang selagi mana ia belum mencintai orang lain lebih dari dirinya sendiri”
Namun pada masa ini…hatiku Cuma berbicara, tiada tindakan yang dibuat…adakah aku telah berputus asa…
Dan itulah sahabatku kini,
Yang pernah aku kasih kerana Allah,
Dan kini aku biarkan dia dengan dunianya sendiri…
Tak ingin bertanya kabar, tak ingin berkongsi rasa lagi..
Adakah aku rasa kami telah berbeza..siapa dia dan siapa aku..
Masing-masing adalah manusia
Yang bersifat lemah..
Yang sentiasa didorang nafsu dan syaitan,
Yang sentiasa diberi pilihan..sama ada memilih yang hak dan yang batil
Dan mungkin dia telah tersalah dalam memilih haluan
Yang telah mengubah dirinya
Dan mengubah lakunya
Dan mengubah hatinya..
Ingin aku bertanya..
adakah dia bahagia?
Dan ingin aku tanya hatiku..adakah aku bahagia melihatnya…
hatiku kini berkata,
Ingatlah tanggungjawabmu sebagai manusia..bukan sekadar sahabat, malah lebih dari itu kita sesama muslim harus saling mencintai
Mengajak kepada kebaikan
Mencegah dari kemungkaran
Tanggungjawab kita bukan untuk mengkritik, tapi untuk memperbaiki…
Namun adakah aku kuat, adakah aku mampu…kerana rasa itu telah hilang..
Kemesraan itu telah pergi..
Namun itu bukanlah alasan untuk diri menyepi..
Apabila melihat seseorang melakukan kemungkaran,kita patut membenci akan perbuatan bukan pelaku…
Dia yang patut kita cinta kerana Allah, telah tersalah memilih mungkin kerna tidak tahu..
Kita yang tahu? Apa yang kita lakukan..?
Aku sendiri terlalu khilaf, hanya hati yang mampu berbicara saat ini..
Hakikatnya manusia itu bersifat tidak sempurna, kita harus menerima dan membimbing mereka…mungkin bukan kerana kita sayangkan dia, tapi lebih dari itu, iaitu kerana kita sayangkan Allah yang menyuruh kita sentiasa memberi nasihat yang baik kepada sesama muslim….

Ya Tuhanku, berilah petunjuk kepada diriku, ibu dan bapaku, ahli keluargaku, guru-guruku,sahabat-sahabatku, serta orang –orang yang beriman kepada jalanmu yang lurus..
Ya Allah , Engkaulah yang lebih mengetahui akan kelemahan diri kami, peliharalah kami dari berpaling dari jalanmu, jauhkanlah kamu dari syaitan yang sentiasa mengajak kami untuk melakukan keburukan serta mengajak kami untuk membenci satu sama lain..
Ya Rahim, kurniakanlah kepada Sahabatku..rasa kasih kepada-sebagaimana Engkau mengurniakan aku rasa kasih itu,
Ajarkanlah Dia untuk mencintai-Mu sebagaimana telah Engkau ajarkan aku untuk mencitaiMu
Wahai Tuhan, ampunilah khilafku dalam melaksanakan perintah-Mu
Kami memohon akan hati yang tetap berpengang pada tali ajaranmu yang lurus, limpahilah hati kami dengan kasih-sayang yang tak pernah pudar, limpahi lah kami dengan Rahmat-Mu, agar kami merasa puas dengan bergantung hanya kepada-Mu, amin….


No comments: