Sebagai tugasan field trip ke -3 semua kumpulan diberi tugasan untuk “observe” dan “write” kelakukan – kelakuan yang ditunjukkan oleh mamalia ini. Kelakuan yang paling biasa ( pada waktu petang) ialah berehat dengan memeluk pokok, mencari kutu , melompat, menggaru dan makan daun dan sebagainya lagi. Sebelum aktiviti kami diminta membezakan antara lotong dan kera. Secara jelas, lotong dan kera dapat dibezakan dengan mudah dengan melihat warna badannya. Lotong berwarna kelabu manakala kera berwarna coklat. Sebenarnya sifat sebenar lotong ialah pemalu dan secara semula jadi susah untuk berinteraksi dengan manusia. Namun , kelakuan ini sudah tidak terdapat pada lotong disini kerana ia sudah beradaptasi dengan manusia. Disini terdapat pengungjung yang memberi makanan kepada lotong-lotong terbabit.
Yang menarik perhatian saya sebenarnya ialah betapa tingginya nilai kasih sayang antara lotong betina dan anaknya. Lotong-lotong ini akan membawa anaknya kemana sahaja. Anak lotong dapat dibezakan dengan lotong dewasa dengan melihat warnanya yang berwarna coklat.. kelakuan lotong yang bergitu prihatin kepada anaknya mengingatkan saya kepada pembacaan saya sebelum ini iaitu…
Haiwan juga mempunyai “consciousness” . namun begitu “level” consciousness haiwan ini tidaklah setinggi manusia. Allah memberikan ilham ini kepada binatang ini supaya dia dapat mencari makanan apabila lapar..tidur apabila mengantuk dan sebagainya..namun begitu level consciousness manusia adalah lebih tinggi kerana manusia dikurniakan akal
“sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan”
Kita manusia adalah sebaik-baik ciptaan, namun begitu adakah kita benar-benar bertindak sebagai makluk yang terbaik?
Berapa ramai ibu dan bapa kita yang begitu prihatin dengan anaknya seperti lotong?
Berapa ramai ibu dan ayah yang biasa memeluk dan mencium anak-anak mereka sebagai tanda sayang….???
Yang keduanya. Tentang cinta..adapun cinta yang hanya bersandarkan hawa nafsu itu adalah cinta yang Allah anugerahkan juga kepada binatang…cinta manusia tanpa disertai dengan cinta kepada Allah adalah cinta kelas kedua dan cinta sejati adalah cinta yang disertai dengan cinta Allah.
Dan cinta sepatutnya tidaklah datang bersendirian, namun ia datang dengan tanggungjawab…tanggungjawab untuk memelihara syariat.
Cinta adalah ibadah dengan berpandukan syariat dan adalah padah jika tidak mengikuti syariat…
Jadi marilah kita fikirkan dimana tahap cinta kita?????
“Allah menganugerahkan sifat ibu (yang mempunyai sifat cinta dan kasih kepada anaknya) kepada semua ibu tidak kira binatang mahupun manusia. Itu adalah fitrah yang wujud secara semula jadi. Namun fitrah sahaja tidak cukup…fitrah itu mestilah disuburkan dengan iman, disalurkan dengan islam dan digemburkan dengan ihsan…kasih sayang semula jadi ibu dan anak mesti didasarkan kepada Allah.”- (dari pembacaan satu rasa dua hati: pahrol juoi)
Fitrah Vs iman ???
Kenapa ibu lotong lebih baik dari sesetengah ibu kita?
Kenapa ibu orang bukan islam lebih baik dari sesetengah ibu kita..sedangkan lotong dan orang bukan islam tidak mempunyai iman??????
kerana mereka menggunakan sebaik-baiknya fitrah yang diberikan oleh Allah untuk cinta dan sayangkan anak-anak mereka..namun kita orang islam sendiri mengabaikan langsung fitrah..anak-anak hasil dari zina dibuang di tandas-tandas…anak –anak dibesarkan tanpa berpandukan syariat???? WAJARKAH INI DILAKUKAN OLEH SEBAIK-BAIK CIPTAAN, DAN SEBAIK-BAIK UMAT????
“sama –sama kita fikirkan antara kita dan lotong…yang mana paling mempunyai cinta dan kasih sayang”
Firman Allah,
“dan patutkah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat penciptaan itu”
Al mukminun: 115
oleh An-nur Furqan: 14/3/2010 still in the field trip..
No comments:
Post a Comment