Monday, March 22, 2010

kita dibezakan dengan keikhlasan

apa erti ikhlas?
ikhlas dalam bahasa mudahnya ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan...apakah indikator yang memastikan tinggi atau rendah keikhlasan seseorang?


adakah ilmu atau amal yang tampak?
mungkin ya dan mungkin itdak....ikhlas itu sukar diramal, sentiasa berbolak balik...kita sendiri lebih faham akan diri kita sendiri..kadang-kandang kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, tapi di pertengahan hampir tidak ikhlas..kita mengharapkan balasan, pujian. dan sebagainya...

pernah dikatakan bahawa

"keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap."

ini menandakan betapa susah untuk menilai  keikhlasan..

namun yang penting disini, kita masing-masing lebih tahu akan diri masing-masing, lebih faham sedikit sebanyak..kita mampu mengawal diri kita untuk ikhlas..jika kita merasa ada hasutan-hasutan hati yang mengajak kita untuk sombong, maka cepat-cepatlah beristifar kepada Allah. Mohonlah perlindungan dari hasutan Syaitan dan lindungi diri kita dari kejahatan diri kita sendiri...

sentiasalah kita berusaha untuk menjaga hati untuk sentiasa ikhlas dan berdoa untuk mendapatkan hati yang bersih oleh Allaj. ingat selalu bahawa keburukan hati akan mengundang kemurkaan Allah dan menghapuskan amalan yang dilakukan

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
Umar pernah berkata kepada Mu'adh Bin Jabal yang sedang menangis: "kenapakah engkau menangis?" jawabnya: "kerana ada hadis Rasulullah yang aku dengar menyatakan bahawa

"sedikit riyai itu adalah syirik"

harith al Muhasavi berkata,
"ikhlas itu ialah engkau taat kepada Allah dan tidak memerlukan yang lainnya

insyaAllah semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah

"hanya segala amal itu dengan niat, dan hanya bagi tiap-tiap orang apa yang diniatkannya"-hadis
by An-nur Furqan:0051:ilham dari Nazbella..23 Mac 2010

No comments: