Thursday, March 25, 2010

Perihal orang-orang yang alim

Ulama Vs Alim

firman Allah dalam surah Al-Fathir, 38

"Hanya yang takut kepada Allah adalah ulama"

ulama: orang yang berpengetahuan dalam bidang-bidang tertentu dan jika dirujuk dalam kamus dewan ialah pakar dalam pengethuan islam

manakala alim menurut Hasan Al-Basri ialah
"orang alim ialah dia yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihat Allah, dan disamping itu dia menyukai apa yang disukai oleh Allah"

jadi apa hubungannya ulama dan alim?

ibn kathir,

"sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah ialah golongan ulama yang arifin kerana setiap kali ilmu mereka tentang Allah bertambah, perasaan takut mereka kepada Allah juga bertambah"

jadi ulama dan alim itu mempunyai hubungan yang langsung...
seseorang itu alim selagi dia takut untuk melanggar perintah Allah...apalah gunanya ilmu yang banyak yang ada pada ulama jika ilmu itu tidak dapat menghalangnya daripada melaksanakan amal makruh nahi mungkar..

melihat tentang isu semasa yang melanda ahli agama...fitnah yang terjadi seperti ahli agama yang terlibat dalam zina..dan sebagainya lagi..saya melihat mungkin faktor inilah yang menyebabkan masyarakat semakin hilang percaya kepada golongan agama..atau pendakwah
bagi saya, sebagai pendakwah mungkin sebahagian daripada kita terlalu leka..kita menimba banyak ilmu sehari ke sehari, menambahkan pengaruh dakwah kita ...menggunakan masa-masa kita tanpa mengira penat dan lelah..namun kadang kita lupa

mungkin tidak semua, atau mungkin saya merujuk kepada iman saya sendiri yang lemah ...
kita mungkin TAK SEDAR yang mungkin kebaikan yang kita sangka menjadi bekalan ke syurga rupanya asbab yang membawa kita ke neraka...dan kehancuran...NAMUN BAGAIMANA?????

kita mungkin lupa musuh kita yang paling utama (syaitan) tidak pernah berdiam diri untuk menghasut kita..jika tidak boleh dengan menyuruh kita untuk melakukan  zina, mencuri dan sebagainya..dia rupanya lebih bijak menghasut kita dalam kerja baik yang kita lakukan..
dia menghasut kita untuk ria, ujub dan takbur akan ilmu agama kita, dengan kebaikan kita, dengan pandangan baik masyarakat tentang kita..lalu kita pun lalai..dan secara kita tak sedar mungkin , kita lebih menghampiri syaitan dan jauh dari Allah jika kita menuruti hasutan ini...maka lama kelamaan dengan iman yang semakin jauh dari Allah dek kerana hati yang tidak ikhlas dalam amalan..maka munculah hasutan dari syaitan yang menuruh kita bermaksiat ketika orang lain tidak nampak dan melakukan maksiat besar seperti zina dan sebagainya....pada peringkat ini hasutan sebegini mulai senang kerana hati yang dulunya kukuh berpengang pada Agama Allah kini sudah rapuh....maka mudah terjebak dengan maksiat..nauzubillah..

oleh itu bagi saya, saya tidak suka jika masyarakat berpendapat bahawa "jika pendakwah sendiri melakukan maksiat, mererak tambahan lagi yang kurang ilmu dan iman boleh melakukan maksiat"

janganlah kita saling menyalahkan, pendakwah juga tidaklah bagus menghina orang-orang yang tidak mahu menerima dakwah mereka.sebaliknya mereka harus cermin akan diri..sama ada mereka telah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan mengubah strategi dakwah akan releven dengan keadaan semasa..

dan masyarakat harus faham, pendakwah juga adalah manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan..mereka juga ada nafsu dan sering digoda syaitan...

"apabila ilmu mampu membimbing iman agar memelihara nafsu maka manusia adalah alim dan jika sebaliknya mereka adalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan...."

jadi setiap kita haruslah berhati-hati dengan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk benci membenci antara satu sama lain
yang  pendakwah benci orang biasa, kerana tak terima dakwah, yang orang biasa benci pendakwah, katanya cakap tak serupa bikin...sebenarnya terimalah hakikat masing-masing manusia..dan bukan sahaja manusia..masing-masing manusia memikul tanggugjawab khalifah...menjadi yang terbaik dan menaikkan syiar islam...sekian
(by An-nur Furqan:25 MAC 2010)12:49pm-ilham dari bacaan tip cemerlang dari Al-Quran:Dr Danial)



No comments: