Sunday, March 7, 2010

Senarai hujah ahlus sunnah wal jamaah ke atas penyelewengan ajaran golongan wahabi :bahagian satu

salam, disini saya kongsi dapatan dari buku yang saya beli pada satu sesi ceramah tentang wahabi : diharap ia bermanfaat

Tajuk 1: Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau bersemayam
 hujah  golongan benar (ahlus sunnah): menganggap atau mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy atau di atas kerusi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk,
dalil:
firman Allah dalam surah asyura: 11
" Dia (Allah) tidak menyerupai makhulNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya"

wahabi: menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. mereka berkata:

"Allah duduk di atas kursi"
rujukan kitab mereka: Fathul Majid, karangan Abdul Rahman Bin Hasan bin Mohd bin Abd Wahab, m/s:356,cetakan darul salam, Riyadh

Tajuk 2: Maha Suci Allah daripada anggota dan jisim

hujah golongan benar: Allah Taala tidak sama dengan MakhlukNya, Dia tidak mempunyaio anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhuk

dalil:
firman Allah dalam surah asyura: 11

" Dia (Allah) tidak menyerupai makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya"


wahabi: Ibnu Baz (pemimpin wahabi berkata:

"penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela"
kitab: Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawal Sifat, ms:19 karangan Ibnu Baz, terbitan:Riasah Ammah lilifta' Riyadh.

No comments: