Sunday, December 27, 2009

Bila anda masuk islam?





-          soalan ini ditanyakan kepada saya oleh seorang penceramah jemputan tazkirah magrib di program khalifah di ampang. Pada mulanya saya rasa pelik kenapa beliau bertanya demikian sedangkan beliau tahu kebanyakan dari kami sememangnya beragama islam sejak lahir.. hanya beliau seorang sahaja yang mualaf…
-          namun saya pasti beliau ada sebab yang tersendiri berbuat yang demikian…
-          kebanyakan dari umat islam sudah berpuas hati dengan gelaran “islam” itu sendiri daripada berpuas ati dengan mengamalkan islam…
-          apa itu islam? Pernah kan kita bertanya ?

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .



Sebelum kita bertanya kepada masyarakat kita berapa ramai antara mereka yang menyerah diri kepada Allah, mentauhidkan dengan penuh keyakinan, dan melaksanakan segala suruhan dan tinggalkan larangan..tanyalah sendiri diri kita?

Sepatutnya kita tidak menjadikan ISLAM ITU SECARA KEBETULAN, tetapi jadikan islam itu satu pilihan. Namun bagaimana?


-          jangan setakat berpuas  ati dengan status islam kerana ibubapa islam. Mycard islam
-          tapi kita haruslah belajar menambah ilmu agama kita, mencari kebenaran tentang agama kita
-          agama kita bukan agama ikut-ikutan
-          jika agama kita agama ikut-ikutan , kita sama dengan agama lain..kenapa begitu,?
  Allah telah menceritakan perihal orang kafir yang enggan beriman di dalam al quran

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “marilah mengikuti Rasul. “mereka menjawab, “cukuplah bagi kami apa yang kami dapati dari nenek moyang kami(mengerjakannya).” Apakah(mereka akan mengikuti )juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk…” (Al-maidah:104)

-agama islam bukan agama ikut-ikutan, ini adalah agama kebenaran….di dalam islam kita bukan mencari kemenangan tapi kebenaran..islam adalah agama sejahtera, cara hidup..agama yang dihayati di hati, bukan sekadar ikut-ikutan, dalamilah Al-quran,  hayati sirah Rasul…semoga dengan ini keyakinan kita kepada Allah dan agama kita akan bertambah. Dan kita akan bertambah yakin bahawa Al-quran itu benar, Allah itu benar…..

“bagi mereka yang bersungguh –sungguh dalam mencari keredhaan kami, benar-benar akan kami tunjukkan jalan-jalan kami, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

“barang siapa yang mencari Allah dengan ikhlas, ia akan bertemu dengan Allah”

*salah satu sebab menusia dicipta ialah untuk MENGENAL ALLAH

Rujukan:
http://helwaipj.tripod.com/akidah.htm

1 comment:

nur_islam said...

Salam ziarah...
Subhanallah! perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat. Syukran ukhti.
Semoga Allah merahmati dan meredhai ukhti. Ameen.